Archive for Februari 2, 2011


Maksud bersipongan…?

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

  1. Pohon-pohon kayu mati itu kelihatan ………………………… apabila kawasan itu ditenggelami air.
  • A bersipongang
  • B berkemuncup
  • C berceranggah
  • D berserampang

Analisis jawapan:

  • Jawapan A (bersipongan) membawa erti bergema – bunyi, B (berkemuncup) bermaksud sejenis rumput, C (berceranggah) bermaksud bercabang-cabang – tiang, dan D (berserampang) pula bermaksud sejenis tombak yang matanya bercabang.
  • Jawapan yang paling tepat untuk dimasukkan di tempat kosong di atas ialah C – berceranggah.
Fernando Torres
LONDON – Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal pagi semalam.
Penyerang Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun setengah yang turut menjadikannya rekod perpindahan tertinggi di England.
Nilai perpindahan Torres itu menduduki tangga ketiga rekod perpindahan tertinggi di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Kaka ketika mereka menyertai Real Madrid pada 2009.
Manakala rekod perpindahan tertinggi di England sebelum ini dipegang penyerang Manchester City, Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari Manchester United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada 2009.
Sumber: Kosmo! Online, 3/2/2011
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
UPSR
Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,
10 – 11 Oktober 2011 (5 hari)
SPM
Amali

Ujian Bertulis

14 November – 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan

Ujian Bertulis

20 – 22 Sept & 27 – 29 Sept 2011
21 November 2011 – 15 Disember 2011

STAM
Ujian Lisan 11 – 14 Julai 2011 & 18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 – 13 Okt 2011 & 17 – 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis

15 – 17 Jun  2011 (2 hari)

13 – 14  Jun 2011 (2 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut: