Fernando Torres
LONDON – Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal pagi semalam.
Penyerang Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun setengah yang turut menjadikannya rekod perpindahan tertinggi di England.
Nilai perpindahan Torres itu menduduki tangga ketiga rekod perpindahan tertinggi di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Kaka ketika mereka menyertai Real Madrid pada 2009.
Manakala rekod perpindahan tertinggi di England sebelum ini dipegang penyerang Manchester City, Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari Manchester United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada 2009.
Sumber: Kosmo! Online, 3/2/2011
Advertisements