68 pelajar IPT terlibat dadah

PULAU PINANG 30 Jan. – Kajian terhadap 13,453 orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepanjang tempoh lima tahun lalu menunjukkan hanya 68 orang atau 0.51 peratus terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 0.58 peratus merupakan pelajar bumiputera Sabah serta Sarawak dan diikuti oleh pelajar Melayu (0.52 peratus), India (0.45 peratus) dan Cina (0.29 peratus).

Jelasnya, data tersebut diperoleh hasil enam kajian yang dilakukan kementerian itu dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

”Walaupun jumlah penuntut IPT yang terlibat adalah di bawah satu peratus dan bolehlah dicanangkan sebagai bebas dadah selaras dengan piawai yang ditetapkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Masalah Dadah ( ASOD), namun hasil kajian tersebut tidak seharusnya kita banggakan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, (Pendidikan)

 

Advertisements