Archive for Februari 10, 2011


kata majmuk dieja rapat…?

Pengalaman cikgu ketika mengajar Bahasa Melayu di kelas, kedapatan ramai pelajar yang masih keliru tentang penggunaan kata majmuk, terutama dari segi ejaan; sama ada dieja secara rapat ataupun terpisah. Kesempatan kali ini, cikgu akan menjelaskan secara terperinci tentang hal tersebut.

KATA MAJMUK

  • Ialah kata yang terdiri daripada dua perkataan, tetapi membawa SATU makna.
  • Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai SATU unit.
  • WALAUBAGAIMANAPUN terdapat sesetengah kata majmuk yang dieja RAPAT/BERCANTUM.
  • Pelajar perlu memberikan perhatian tentang kata majmuk yang dieja rapat ini dengan cara menghafalnya, lagipun jumlahnya TIDAK banyak.

KATA MAJMUK YANG DIEJA BERCANTUM/RAPAT

kata majmuk

    Persoalan merupakan isu-isu atau elemen-elemen yang diketengahkan oleh pengarang untuk membentuk sesebuah karya yang menarik dan berkesan lagi bermatlamat.

    Terdapat banyak sekali persoalan yang diutarakan penulis melalui novel ‘Renyah’ ini. Tetapi pada kesempatan kali ini, cikgu hanya akan membicarakan persoalan-persoalan yang negatif sahaja. Antaranya:-

    • Persoalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam

    Dua perkara pokok yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah dalam kalangan kakitangan awam ialah tekanan pihak tertentu dan rasa keinginan untuk hidup mewah. Melalui novel ini diceritakan, Hasnol terperangkap dengan kes rasuah kerana telah diugut oleh Tengku Munir dan desakan isterinya Linda untuk hidup mewah. Akhirnya, Hasnol dibawa ke muka pengadilan.

    • Persoalan penyalahgunaan dadah

    Penyalahgunaan dadah dan muzik rock tidak boleh dipisahkan. Dani yang merupakan anak bongsu Datuk Dolhi merupakan penyanyi  kumpulan Young Rock Band terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap polis. Dia dibicarakan dan akan dihantar ke pusat serenti untuk pemulihan.

    • Persoalan ajaran Islam songsang

    Kecenderungan Mukhlis, anak Datuk Dolhi untuk mendalami ilmu agama tidak mendapat perhatian ibu bapanya. Akhirnya dia menyertai kumpulan dakwah yang enggan bekerja atau berniaga kerana bekerja pada zaman ini bersifat sekular. Kegiatan dakwah ini berpusat di Kampung Sungai Bakau. Mereka bekerja di kilang mi dan dibayar gaji sebanyak RM5. sehari. Tuk guru mendapat keistimewaan iaitu boleh berkahwin silih berganti, pergi berdakwah di Eropah dan di Amerika dengan membawa isteri baru, Khalidah dan berkereta mewah. Mukhlis akhirnya merana dan menghidap penyakit mental.

    KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA 9/2/2011:-

    Lionel Messi Portugal v Argentina

    Lionel Messi emerged on top after netting Argentina’s winner against Portugal from the penalty spot
    • PERANCIS VS BRAZIL: 1 – 0
    • DENMARK VS ENGLAND: 1 – 2
    • ARGENTINA VS PORTUGAL: 2 – 1
    • NETHERLANDS VS AUSTRIA: 3 – 1
    • GERMAN VS ITALY: 1 – 1
    • ANDORRA VS MALDOVA: 1 – 2
    • SAN MARINO VS LIECHTENTEI: 0 – 1
    • ARMENIA VS GEORGIA: 1 – 2
    • BELARUS VS KAZAKHSTAN: 1 – 1
    • GREECE VS CANADA: 1 – 0
    • IRAN VS RUSIA: 1 – 0
    • MACEDONIA VS CAMEROON: 0 – 1
    • SEPANYOL VS COLOMBIA: 1 – 0
    • TURKI VS KOREA SELATAN: 0 – 0
    • ALBANIA VS SLOVENIA: 1 – 2
    • MALAYSIA VS HONG KONG: 2 – 0