Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama-tamanya cikgu ingin memohon maaf kerana agak terlewat untuk mengemaskinikan blog ini kerana kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Sejak 23 sehingga 27 Februari 2011, cikgu akan berkampung di SBPI Kuantan kerana terlibat dengan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur 2011. Sebagai jurulatih pasukan hoki SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), sudah pastilah agak sibuk dengan jadual pertandingan dan pengendalian pasukan. Kejohanan ini melibatkan semua sekolah berasrama penuh di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Pada hari pertama kejohanan (24/2/2011), pencapaian sekolah cikgu amat membanggakan:-

  • Kategori Perempuan:
  1. SMSTMFP Vs SBPI Batu Rakit: 3 – 0
  2. SMSTMFP Vs SMS Sultan Mahmud: 4 – 0
  • Kategori Lelaki:
  1. SMSTMFP Vs SMSAH: 4 – 0
Advertisements