30,000 guru ikuti program pengsiswazahan

KOTA BHARU 13 Mac – Seramai 30,000 orang guru mendaftar di beberapa buah institusi pengajian tinggi di seluruh negara bermula hari ini bagi mengikuti program khas Sarjana Muda Pengajaran iaitu program pengsiswazahan guru yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, program tersebut diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 orang guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.

Katanya, ia merupakan pelan jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan perbelanjaan mencecah RM1.4 bilion.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/3/2011

 

Advertisements