Archive for Mac 21, 2011


SOALAN PMR (2005 -2010): BAHAGIAN B (RANGSANGAN)

TAHUN

ISU / TEMA SOALAN

2005

Kitar Semula

2006

Kebaikan Bergotong-royong

2007

Aktiviti Sempena Pesta Flora

2008

Kesan-kesan Banjir

2009

Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

2010

Kesan Kegiatan Pembalakan Secara Tidak Terkawal

2011

???????????????

 

SOALAN PMR (2005 – 2010): BAHAGIAN NOVEL

TAHUN

ASPEK YANG DISOAL

2005

Latar masa, tempat dan masyarakat (Berdasarkan novel Tg 1 – 3)

2006

Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan ( Novel Tg 3)

2007

4 peristiwa yang berkaitan pengajaran Bantu-membantu (Novel Tg 2 & 3)

2008

3 Latar tempat (Novel Tg 3)

2009

3 peristiwa berkaitan persoalan (Novel Tg 3)

2010

3 peristiwa berkaitan nilai kegigihan ( Novel Tg 3)

2011

????????????????

Terdapat beberapa istilah tentang ayat yang sering mengelirukan orang ramai, termasuklah golongan guru sendiri. Istilah-istilah itu ialah jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat. Untuk membantu kita semua, di sini cikgu perturunkan makna istilah tersebut yang sebenarnya:-

  • JENIS AYAT (Berdasarkan tujuan ayat )
  1. Ayat penyata
  2. Ayat tanya
  3. Ayat seru
  4. Ayat perintah
  • RAGAM AYAT (Berdasarkan komponen yang dijudulkan untuk tujuan tekanan)
  1. Ayat aktif
  2. Ayat pasif
  • BINAAN AYAT (Berdasarkan susunan unsur dan konstituen yang dibentuk)
  1. Ayat tunggal
  2. Ayat majmuk campuran
  3. Ayat majmuk gabungan
  4. Ayat majmuk pancangan