Archive for Mac, 2011


PEPERIKSAAN

TARIKH

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

(SPMU)

Bertulis

13 hingga 14 Jun

(2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)

15 hingga 17 Jun

(3 hari)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR)

Bertulis

13 hingga 15 September

(3 hari)

Penilaiaan Menengah Rendah

(PMR)

Bertulis

4 hingga 6 Oktober

10 hingga 11 Oktober

(5 hari)

Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM)

 

Lisan

11 hingga 14 Julai

18 hingga 21 Julai

(8 hari)

Bertulis

12 hingga 13 Oktober

17 hingga 19 Oktober

(5 hari)

Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM)

Bertulis

14 November hingga 14 Disember

(16 hari)

 

Pada pukul 11.00 – 1.00 tengah hari kelmarin (15/3/2011), cikgu telah bersama-sama pelajar tg. 3 Sek. Men. Keb. Pengkalan Chepa 2 dalam majlis ilmu seperti tajuk di atas. Semuanya berjalan lancar dan memuaskan. Cikgu ingin merakamkan ucapan terima kasih terutamanya pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang amat baik, guru-guru dan pelajar-pelajar tg. 3 sekalian. Semoga program yang dilaksanakan bersama itu akan mendatangkan manfaat yang banyak kepada semua.

Selamat mengulang kaji pelajaran dan selamat menempuh PMR 2011, semoga berjaya.

SINOPSIS

NOVEL : BUKAN DUNIAKU

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram, iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe.  Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan  Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa  dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.

Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang menemani Halim  ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya ialah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.

Sumber: Portal SMK Ade Putra

  1. Taat akan guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  4. Memberikan salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
  5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  6. Lakukan apa yang paling disukai oleh guru.
  7. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
  8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.
  9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal dunia.
  10. Mengambil berat terhadap mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

 

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menandatangani buku kepada peminatnya pada pelancaran buku memoir beliau, A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 8 Mac. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF
Antara topik hangat:-

  • Isu pemecatan Anwar
  • Cita-cita Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri Malaysia
  • Ku Li yang tak sabar
  • Aku bangga sebagai Melayu
Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/3/2011

 

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap terdedah kepada gegaran kuat dan ancaman tsunami jika gempa bumi berskala melebihi tujuh pada skala Richter melanda negara jiran, kata Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Rosaidi Che Abas.
Katanya, keadaan itu bergantung kepada tahap kekuatan gegaran itu seperti berlaku di Padang, Indonesia tahun lalu hingga menyebabkan kawasan pantai barat Semenanjung turut merasai gegarannya.

Sumber: Berita Harian Online, 13/3/2011

Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan All England dengan menundukkan musuh ketatnya iaitu Lin Dan 21 – 17, 21 – 17. Namun regu utama negara gagal dan tewas kepada regu Denmark dengan permainan tiga set.

Sumber: Suara_kilat.com, 14/3/2011

 

Alahai, macam-macam masalah timbul ketika cikgu di Sekolah Menengah Zainab 1, Kota Bharu. Bermula dengan masalah laptop, diikuti pula dengan kerenah LCD yang uzur dan suasana dewan yang sesak agak mengganggu perjalanan ‘klinik’. Namun semuanya itu dapat ditangani segera berikutan pelajar-pelajar yang sporting dan komited.

Klinik Bahasa yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 pagi hanya dapat dimulakan pada pukul 8.15 pagi. Cikgu terpaksa menukarkan laptop sendiri selepas laptop yang disediakan pihak sekolah tersangkut beberapa kali.

Walau apapun, cikgu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu sekolah tersebut kerana memberikan kerjasama yang amat baik, terutamanya Cikgu Aziz (Guru Cemerlang).

Terima kasih, semoga apa yang kita laksanakan itu mendapat keberkatan daripada-Nya. Amin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dulu cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca khususnya para pelajar kerana memberikan respons yang amat baik terhadap ‘Cikgu Azemi’s Blog’. Kini jumlah pengunjung setia blog cikgu semakin meningkat dari hari ke hari sehingga kadang-kadang, tak terlayan dibuatnya. Tujuan penghasilan blog ini semakin mencapai targetnya dan diharapkan sambutan yang berterusan daripada anda semua.

Pada cuti pertengahan penggal nanti, cikgu telah diundang untuk memberikan ceramah subjek Bahasa Melayu di dua buah sekolah di sekitar Kota Bharu, iaitu:-

  • Sekolah Menengah Zainab pada 13 Mac 2011, jam 8.30 pagi
  • Sekolah Menengah Pengkalan Chepa 2 pada 15 Mac 2011, jam 11.00 pagi
  • Sekolah Menengah Kemumin dalam perbincangan…?

Selamat bercuti, dan jangan lupa akan pelajaran. Sesungguhnya cuti bukanlah rehat untuk semua aktiviti…!

BAHASA BAKU

  • Variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh masyarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi.

BAHASA BASAHAN

  • Bentuk bahasa yang digunakan sebagai bahasa seharian dalam situasi yang tidak formal.

BAHASA KEBANGSAAN

  • Bahasa yang menjadi bahasa utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.

BAHASA RASMI

  • Bahasa yang digunakan untuk urusan pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaannya pula tidak semestinya bahasa rasmi.

BAHASA STANDARD

  • Bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, pendidikan dan alat sebaran am. Bahasa standard sama dengan bahasa baku.

BAHASA DIALEK /DAERAH

  • Bentuk bahasa yang dipengaruhi oleh faktor geografi dan sosial. Contoh dialek yang dipengaruhi faktor geografi ialah dialek Kelantan, dialek Johor, dialek Sarawak. Bahasa pasar, bahasa istana pula ditentukan oleh faktor sosial.

BAHASA ASING

  • Bahasa selain bahasa ibunda.

BAHASA IBUNDA

  • Bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil.

BAHASA ISYARAT

  • Bahasa yang tidak menggunakan ucapan dan tulisan tetapi menggunakan gerak isyarat anggota badan.

BAHASA KASAR / KESAT

  • Bentuk bahasa yang tidak sopan dan tidak manis digunakan.

BAHASA ROJAK

  • Bentuk bahasa yang bercampur aduk ( sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Inggeris ).

BAHASA PERSURATAN

  • Bahasa yang digunakan dalam penulisan dan karya kesusasteraan.

BAHASA LISAN

  • Bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap.