Archive for April, 2011


Peribahasa kera…?

Perkataan kera banyak digunakan sebagai bahan perbandingan dalam peribahasa. Hal ini mungkin haiwan ini begitu dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu lampau. Antara contoh peribahasa yang merujuk kepada ‘kera’ ialah:-

  • Kera sumbang  > Orang yang memencilkan diri daripada masyarakat, tidak bergaul dan sentiasa mengasingkan diri.
  • Bagai kera kena belacan  > Orang yang tak boleh duduk diam.
  • Seperti kera mendapat bunga  > Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang.
  • Kera di hutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan  > Terlalu mementingkan diri orang lain sehingga mengabaikan diri dan keluarga sendiri.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.

39. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam kedua-dua baris pantun di atas ialah..

  • A personafikasi
  • B metafora
  • C anafora
  • D epifora

JAWAPAN: C (Pengulangan kata depan)

 

Lestari Bukit Menghijau…?

TEMA:

  • Kesedaran tentang menjaga kelestarian alam semula jadi akan mendatangkan manfaat yang banyak kepada kehidupan manusia.

PERSOALAN:-

  • Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentingan tumbuhan kepada manusia.
  • Penyebaran fitnah dalam masyarakat.
  • Manusia dan makhluk lain saling berhubungan.
  • Berfikiran secara rasional.
  • Tidak terburu-buru mempercayai sesuatu cerita.
  • Cintailah alam sekitar.
  • Kepercayaan tentang perkara-perkara tahyul.
  • Kasih sayang seorang ibu.
  • Berazam dan bercita-cita tinggi.