Bagi Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) Sijil Pelajaran Malaysia, dua soalan mesti dijawab oleh setiap calon. Markah penuhnya adalah 130 ( 100 markah – Karangan Respons Terbuka, 30 markah untuk karangan berdasarkan bahan rangsangan ).

Ciri-ciri esei cemerlang bagi Karangan Respons Terbuka ialah:-

CEMERLANG ( 80 – 100 markah )

  • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan MATANG, disertakan dengan contoh yang sesuai.
  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
  • Penggunaan KOSA KATA LUAS dan tepat.
  • Ejaan dan tanda baca yang betul.
  • penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis ( ayat penyata, tanya, seru dan perintah )
  • Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
  • Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
  • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata.
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
  • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.


Advertisements