Sesetengah pelajar gagal membina ayat dengan menggunakan kata dasar berbanding kata yang berimbuhan. Hal ini demikian berpunca daripada kegagalan pelajar dalam memahami proses pembentukan ayat aktif mahupun ayat pasif. Sebenarnya langkah mudah untuk membina ayat dengan menggunakan kata dasar adalah dengan membina ayat perintah ataupun ayat seru.

Lihat contoh binaan ayat menggunakan kata dasar > tulis

  • Jangan tulis di kertas itu. – ayat perintah
  • Tulis dengan berhati-hati, barulah kurang kesilapan berlaku. – ayat perintah
  • Karangan itu saya tulis sendiri. ayat pasif pertama
  • Cerita itu awak yang tulis. ayat pasif kedua
  • Sila tulis dengan menggunakan huruf besar.

Lihat pula contoh kesalahan ayat apabila menggunakan ayat aktif bagi kata dasar tulis >

  • Emak sedang tulis buku.  X      SEPATUTNYA
  • Emak sedang menulis buku.
Advertisements