• Kata Majmuk terhasil daripada proses menggabungkan dua kata dasar dengan tujuan membentuk kata lain yang mempunyai makna yang berlainan dengan kedua-dua patah perkataan asal.
  • Diejakan secara terpisah, namun wujud juga kata majmuk yang diejakan secara rapat kerana telah mantap penggunaannya.
  • Jenis kata majmuk:-
  1. Rangkai kata bebas ( rukun tetangga, pasar raya, kereta api, kapal selam )
  2. Istilah ilmiah ( deria rasa, hitung panjang, titik buta, cari gali, temu duga, parasit eksternal )
  3. Mendukung maksud kiasan ( anak emas, berat tangan, bulan madu, lipas kudung )

KESALAHAN BIASA KATA MAJMUK

  • temuramah sepatutnya temu ramah
  • aturcara sepatutnya atur cara
  • urusetia sepatutnya urus setia
  • janakuasa sepatutnya jana kuasa
  • ubahsuai sepatutnya ubah suai
  • tengahari sepatutnya tengah hari
  • campur-aduk sepatutnya campur aduk
  • lebuhraya sepatutnya lebuh raya
  • jawatan-jawatan kuasa sepatutnya jawatankuasa-jawatankuasa
  • pesuruh jaya sepatutnya pesuruhjaya
  • antara bangsa sepatutnya antarabangsa