Alahai, masih ramai pelajar yang tidak mengetahui ‘Sistem Bahasa’ dan skop ilmu yang terkandung dalamnya. Mereka mungkin belajar, tetapi jika asas sesuatu mata pelajaran itu tidak difahami dengan jelas, maka akan jadilah seperti burung tiong yang tahu menyebut, tetapi tak tahu apa-apa…!

Sistem Bahasa yang menjadi salah satu komponen tajuk besar di samping ‘Penulisan’, ‘Pemahaman’, ‘Komsas’ dan ‘Novel’ mesti dikuasai secara mendalam agar seseorang pelajar itu cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu.

Sistem Bahasa boleh diklasifikasikan seperti berikut:-

  • MORFOLOGI (Pembentukan Kata)
  1. Penggolongan kata (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Tugas dan Kata Adjektif)
  2. Pengimbuhan
  3. Penggandaan
  4. Pemajmukan
  • SINTAKSIS (Kajian Tentang Ayat)
  1. Binaan Subjek dan Predikat
  2. Ayat Tunggal dan Majmuk
  3. Ayat Aktif dan Pasif
  4. Jenis Ayat
  • KOSA KATA
  1. Kata Sama Erti
  2. Kata Berlawanan
  3. Kata Hampir Sama Bunyi
  4. Kata Banyak Makna
  • PERIBAHASA
  1. Simpulan Bahasa
  2. Pepatah
  3. Bidalan
  4. Perumpamaan