KANSER merupakan sejenis penyakit berbahaya yang amat berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat. Menurut National Cancer Registry 2006, 5 kanser utama di Malaysia ialah:-
  • kanser payu dara
  • kanser usus besar
  • kanser paru-paru
  • kanser pangkal rahim
  • kanser nasofaring (belakang hidung)
Kanser payu dara paling tinggi kadarnya di negara kita iaitu 39.3%, diikuti kanser usus besar (18.4%), kanser paru-paru (13.3%), kanser pangkal rahim (12.2%) dan kanser nasofaring (5.5%) bagi setiap 100,000 orang penduduk.
Sumber: Sekilas, Utusan Malaysia, 20/7/2011