Contoh Soalan:

  • Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel ‘Anak Din Biola’.

Tardapat banyak latar tempat yang diutarakan oleh penulis melalui novelnya iaitu ‘Anak Din Biola’.

Antara latar tempatnya ialah Rumah Bonda. Rumah Bonda menjadi tempat kediaman anak-anak yatim seperti Budiman, Chong dan Chandra.

Selain itu stesen pam minyak juga merupakan latar tempat yang terkandung dalam novel tersebut. Stesen pam minyak itu menjadi tempat Budiman dan rakan-rakannya iaitu Chong dan Chandra bekerja sambilan pada waktu malam bagi membantu Budiman untuk membeli sebuah biola

Manakala latar tempat ketiga ialah rumah Pak Wan Busu. Rumah Pak Wan Busu menjadi tempat Budiman belajar bermain biola. Pak Wan Busu merupakan seorang tua yang buta tetapi pandai bermain biola.