Soalan 11:

  • Majlis keraian (A) ulang tahun kelahiran (B) baginda akan diadakan secara besar-besaran di pekarangan (C) istana itu. Tiada kesalahan (D)

JAWAPANNYA…?

  • Ramai juga pelajar yang memberikan jawapan C untuk soalan di atas, kerana beranggapan ejaan kata itu ‘perkarangan’ BUKANNYA ‘pekarangan’. SEBENARNYA ‘pekarangan’ bermaksud kawasan sekitar bangunan / halaman sesuatu bangunan. MANAKALA ‘perkarangan’ pula bermaksud kawasan batu karang di dasar laut.
  • SEBENARNYA jawapan yang BETUL untuk soalan di atas ialah B, kerana penggunaan kata ‘kelahiran’ tidak tepat digunakan pada golongan raja (Bahasa Istana). Kata ‘kelahiran’ sepatutnya digantikan dengan kata ‘keputeraan’.