Penulis baru mendapat surat daripada Jabatan Pelajaran Kelantan yang bertajuk “KURSUS PENDEDAHAN TEKS BAHARU KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA (KOMSAS) TINGKATAN 3 BAGI JURULATIH UTAMA NEGERI ZON TIMUR SEMENANJUNG SIRI 1/2011.”

Penulis akan berkursus pada 4 – 7 Oktober 2011, bertempat di Hotel Mega View, Lot 567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.

Pada penulis, apa-apa kursus pun tiada masalah. Cuma pada kali ini penulis agak berat sedikit kerana 4 Oktober 2011 itu merupakan hari pertama peperiksaan PMR dan kebetulan pula, subjek Bahasa Melayu akan diduduki oleh pelajar penulis.

Sepanjang tahun penulis bersama-sama pelajar PMR membuat persiapan rapi…. alih-alih, pada hari yang ditunggu-tunggu, kita pula yang diarah berkursus…!!!

Nasib badan.