Archive for Februari 25, 2012


Inovasi / Inovatif…?

inovasi = sesuatu yang baru diperkenalkan

inovatif = bersifat inovasi

inkues = siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian seseorang

insentif = sesuatu benda atau hadiah sebagai galakan dan dorongan

inspirasi = ilham

insomnia = keadaan atau penyakit sukar tidur

integrasi = penggabungan dua atau lebih unsur atau benda, kaum ..

integriti = kejujuran, keadaan yang sempurna

intensif = giat dan sungguh-sungguh

interim = bersifat sementara

intim = sangat mesra

intiha = akhir, penutup

incut = tempang

 

kerawang = (ukiran, tenunan, sulaman) yang berlubang-lubang

kerawat = tali daripada kulit atau akar, kawat berduri

kerawit = sejenis cacing halus yang terdapat di dalam perut.

keraton = istana raja (bahasa Jawa)

kerawak = tupai besar

Cikgu Azemi (berdiri di kanan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama benar cikgu tidak berbual bicara dengan para pembaca sekalian. Mungkin dek kerana kekangan masa dan tugasan yang terpaksa didahulukan, menyebabkan kita terasa semakin jauh…!

Walau apapun, cikgu berharap semua pembaca terus tekun mengikuti perkembangan blog cikgu ini dan berharap kita sama-sama berkongsi maklumat kerana Allah SWT.

Oh, ya ! Pada petang esok dan lusa, iaitu 26 dan 27 Februari 2012, Cikgu diberikan tanggungjawab oleh JPN Kelantan untuk memberikan taklimat pelaksanaan pengajaran komsas tingkatan 3 di BTP kepada guru-guru Bahasa Melayu F3 seluruh negeri Kelantan bermula jam 1.30 petang.

Doakan cikgu agar semuanya berjalan lancar, Amin.

PERMULAAN:-

  • Datuk Dolhi menceritakan masalah anak-anaknya yang tidak berminat untuk mengikut jejak langkahnya sebagai ahli perniagaan kepada isterinya, Datin Tominah.

PERKEMBANGAN:-

  • Anak-anak Datuk Dolhi masing-masing sibuk dengan minat mereka dan tidak mempedulikan ajakan ayahnya untuk membantu dalam perniagaannya.

PERUMITAN:-

  • Seorang demi seorang anak Datuk Dolhi menimbulkan masalah kepada keluarga Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bercuti ke Jepun untuk berjumpa Wahi dan menenangkan fikiran.

KLIMAKS:-

  • Hasnol bercuti ke Eropah dan menjadi buruan BPR. Ilham lari ke luar negara, Dani ditangkap polis, dan Mukhlis menjadi tidak siuman. Wahi telah pulang ke tanah air bersama-sama isterinya.

PELERAIAN:-

  • Hasnol pulang dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. Dani dimasukkan ke pusat pemulihan, manakala Mukhlis dirawat di hospital mental. Datuk Dolhi menyerahkan perniagaannya kepada Wahi dan beliau pun bersara.

Sering kita temukan perkataan lalu-lalang / lalu lalang ketika sedang menelaah bahan bacaan. Kadangkala ejaannya mempunyai tanda sempang dan kadangkalanya pula dieja tanpa tanda sempang. Pelik atau sekadar pandang sebelah mata sahaja!

Perkataan ‘lalu lalang’ ialah kata majmuk setara dan bukannya kata ganda berirama. Sepertimana biasa apabila kata ganda berirama, perkataan yang keduanya tidak mempunyai makna. Lihat contoh di bawah:-

  • kuih-muih > muih tiada makna
  • lauk-pauk > pauk tiada makna
  • gunung-ganang > ganang tiada makna

Lalu lalang bukan sebagai kata ganda berirama dan kerana itulah perkataan kedua iaitu ‘lalang’ mempunyai makna iaitu sejenis rumput yang biasanya tumbuh subur di tepi-tepi jalan. Jika bukan kata ganda, maka tidak perlulah dieja dengan memasukkan tanda sempang. Kata/frasa majmuk setara yang lain (tiada tanda sempang) ialah:-

  • lalu lintas
  • kasih sayang
  • ibu bapa
  • jimat cermat
  • suami isteri
  • periuk belanga