Sering kita temukan perkataan lalu-lalang / lalu lalang ketika sedang menelaah bahan bacaan. Kadangkala ejaannya mempunyai tanda sempang dan kadangkalanya pula dieja tanpa tanda sempang. Pelik atau sekadar pandang sebelah mata sahaja!

Perkataan ‘lalu lalang’ ialah kata majmuk setara dan bukannya kata ganda berirama. Sepertimana biasa apabila kata ganda berirama, perkataan yang keduanya tidak mempunyai makna. Lihat contoh di bawah:-

  • kuih-muih > muih tiada makna
  • lauk-pauk > pauk tiada makna
  • gunung-ganang > ganang tiada makna

Lalu lalang bukan sebagai kata ganda berirama dan kerana itulah perkataan kedua iaitu ‘lalang’ mempunyai makna iaitu sejenis rumput yang biasanya tumbuh subur di tepi-tepi jalan. Jika bukan kata ganda, maka tidak perlulah dieja dengan memasukkan tanda sempang. Kata/frasa majmuk setara yang lain (tiada tanda sempang) ialah:-

  • lalu lintas
  • kasih sayang
  • ibu bapa
  • jimat cermat
  • suami isteri
  • periuk belanga