Archive for Februari 26, 2012


Kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli. 5 negara terkaya di dunia semasa ialah:-

  1. Qatar
  2. Luxembourg
  3. Singapura
  4. Norway
  5. Brunei

Sumber: Mingguan Malaysia 26/2/2012

SINOPSIS:-

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberikan setiap jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Kata ganda kebiasaannya menunjukkan maksud banyak atau bilangan yang lebih daripada satu. Misalnya:-

  • bola-bola
  • kasut-kasut
  • lagu-lagu
  • pendapat-pendapat
  • gunung-ganang
  • kuih-muih
  • lauk-pauk
  • pelancong-pelancong

Jadi adalah SALAH jika kita menggunakan perkataan yang juga membawa atau tersedia maksud terkumpul atau banyak, contohnya:-

  • semua lauk-pauk
  • banyak gunung-ganang
  • setiap kuih-muih
  • sesetengah daripada kasut-kasut
  • setimbun bola-bola
  • beberapa orang pelancong-pelancong

Walau bagaimanapun, ada juga kata ganda yang hanya membawa maksud satu, atau tunggal. Jadi kata yang bermaksud banyak di depannya boleh digunakan. Contohnya :-

  • banyak kura-kura
  • sesetengah rama-rama
  • semua kupu-kupu
  • setiap labi-labi

Pengguna bahasa Melayu cenderung menggunakan kata pemeri ‘adalah’ di depan kata kerja, contohnya:-

  • adalah berasaskan (kk)
  • adalah merujuk (kk)
  • adalah dibuat/diperbuat (kk)
  • adalah digalakkan (kk)
  • adalah melambangkan (kk)
  • adalah menjadi (kk)
  • adalah merupakan (kk)
  • adalah tertakluk (kk)
  • adalah dinasihati (kk)
  • adalah berdasarkan (kk)

Semua bentuk frasa di atas adalah salah dan tidak gramatis. Sebenarnya kata pemeri ‘adalah’ hanya digunakan di depan kata adjektif dan di depan kata sendi nama, contohnya:-

  • adalah cantik
  • adalah sangat murah
  • adalah untuk
  • adalah kerana
  • adalah dari
  • adalah daripada

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Sumber: Blog Cikgu Azaman

muka

  • Muka Ali kelihatan semakin merah apabila ditegur oleh gurunya.

terkemuka

  • Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton yang terkemuka.

bersemuka

  • Kita digalakkan bersemuka dengan ¬†guru untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran.

permukaan

  • Permukaan meja itu kotor selepas diadakan majlis jamuan sempena menyambut hari jadi Ali.

mengemukakan

  • Para pelajar digalakkan rajin mengemukakan masalah pembelajaran kepada guru mata pelajaran.

bermuka-muka

  • Sifat suka bermuka-muka amat ditegah oleh agama Islam.

Pemanasan global ialah keadaan berlakunya peningkatan purata suhu laut dan daratan yang seterusnya akan menyumbang kepada kesan rumah hijau.

Pelbagai kesan negatif/buruk pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya, antaranya ialah:-

  • Berlaku peningkatan aras laut secara mendadak: Apabila bongkah ais di Antartika Barat mencair, paras air laut akan meningkat sehingga 10 meter – berlaku bencana banjir di kawasan rendah – menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.
  • Peningkatan suhu yang melampau di daratan akan menyebabkan tumbuhan mati – binatang dan manusia yang bergantung hidup pada tumbuhan akan mati atau bencana kebuluran akan meningkat.
  • Menjejaskan sistem iklim dan cuaca seluruh dunia: Wujud fenomena cuaca yang luar biasa di kebanyakan tempat sehingga menyebabkan perubahan yang ekstrim dan menjejaskan kehidupan seharian.
  • Pemanasan bumi yang melampau juga boleh mengakibatkan musibah kebakaran hutan yang luas dan mampu menjejaskan spesies hidupan di darat dalam jangka masa panjang.
  • Penularan wabak penyakit juga mudah berlaku kerana perubahan cuaca yang melampau: Golongan kanak-kanak dan warga tua menjadi golongan terbanyak menerima impak buruk daripada pemanasan global – banyak yang maut akibat strok haba atau dehidrasi.¬†

Tidur merupakan fasa rehat secara fitrah kepada setiap benda bernyawa. Pelbagai kebaikan/kemaslahatan/kelebihan tidur dari segi saintifik dalam menjamin kecerdasan seseorang. Antaranya:-

  • Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan.
  • Mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar.
  • Membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang.
  • Menolong proses penyimpanan maklumat di dalam otak.
  • Dapat memantapkan sistem ketahanan di dalam badan seseorang.
  • Membantu memulihkan pusingan biologi di dalam badan.
  • Dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti.
  • Dapat meminimumkan risiko menghidap sakit jantung.
  • Tidur juga merupakan komponen penting bagi memperoleh kesihatan yang baik.