Pemanasan global ialah keadaan berlakunya peningkatan purata suhu laut dan daratan yang seterusnya akan menyumbang kepada kesan rumah hijau.

Pelbagai kesan negatif/buruk pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya, antaranya ialah:-

  • Berlaku peningkatan aras laut secara mendadak: Apabila bongkah ais di Antartika Barat mencair, paras air laut akan meningkat sehingga 10 meter – berlaku bencana banjir di kawasan rendah – menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.
  • Peningkatan suhu yang melampau di daratan akan menyebabkan tumbuhan mati – binatang dan manusia yang bergantung hidup pada tumbuhan akan mati atau bencana kebuluran akan meningkat.
  • Menjejaskan sistem iklim dan cuaca seluruh dunia: Wujud fenomena cuaca yang luar biasa di kebanyakan tempat sehingga menyebabkan perubahan yang ekstrim dan menjejaskan kehidupan seharian.
  • Pemanasan bumi yang melampau juga boleh mengakibatkan musibah kebakaran hutan yang luas dan mampu menjejaskan spesies hidupan di darat dalam jangka masa panjang.
  • Penularan wabak penyakit juga mudah berlaku kerana perubahan cuaca yang melampau: Golongan kanak-kanak dan warga tua menjadi golongan terbanyak menerima impak buruk daripada pemanasan global – banyak yang maut akibat strok haba atau dehidrasi.