Archive for April, 2012


Novel 6:20…?

TEMA:-

  • Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir buruk dari Barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran Barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang terjadi kepada Jerry.

PERSOALAN:-

  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
  • Konflik dalam keluarga.
  • Tanggungjawab seorang sahabat.
  • Berani menegakkan kebenaran.
  • Menunaikan tanggungjawab terhadap perintah Tuhan.
  • Prihatin tentang masalah orang lain.
  • Remaja yang mudah terpengaruh.

PLOT:-

  • Permulaan
  1. Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi. Ibunya melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma berminat untuk menyiasat misteri itu.
  • Perkembangan
  1. Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
  2. Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak.
  3. Jerry telah bercerita tentang ruang sepi yang terdapat di kelab WX2.
  4. Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui Sukma melaluinya.
  5. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
  6. Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.
  • Klimaks
  1. Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
  2. Jerry telah memberikan maklumat kepada pihak polis.
  3. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
  4. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
  • Peleraian
  1. Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.

SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

TINGKATAN 5

TARIKH

WAKTU

KOD

KERTAS

MASA

KHAMIS

10.5.2012

08.00 – 10.15

1103/1

BM 1

2 jam 15 minit

11.15 – 01.45

1103/2

BM 2

2 jam 30 minit

AHAD

13.5.2012

08.00 – 09.45

1119/1

BI 1

 1 jam 45 minit

11.30 – 01.45

1119/2

BI 2

2 jam 15 minit

ISNIN

14.5.2012

08.00 – 09.00

1249/1

SEJARAH 1

1 jam

09.30 – 10.30

PJK

1 jam

11.15 – 01.45

1249/2

SEJARAH 2

2 jam 30 minit

SELASA

15.5.2012

08.00 – 09.15

1449/1

MATEMATIK 1

1 jam 15 minit

10.00 – 12.30

1449/2

MATEMATIK 2

2 jam 30 minit

01.00 – 02.00

SIVIK

1 jam

RABU

16.5.2012

08.00 – 10.00

1223/1

PEND. ISLAM

2 jam

12.00 – 01.40

1223/2

PEND. ISLAM

1 jam 40 minit

KHAMIS

17.5.2012

08.00 – 10.00

3472/1

MAT. TAMB 1

2 jam

11.15 – 01.45

3472/2

MAT. TAMB 2

2 jam 30 minit

AHAD

20.5.2012

07.40 – 10.10

4531/2

FIZIK 2

2 jam 30 minit

10.40 – 11.55

4531/1

FIZIK 1

1 jam 15 minit

12.15 – 01.45

4531/3

FIZIK 3

1 jam 30 minit

ISNIN

21.5.2012

07.40 – 10.10

4541/2

KIMIA 2

2 jam 30 minit

10.40 – 11.55

4541/1

KIMIA 1

1 jam 15 minit

12.15 – 01.45

4541/3

KIMIA 3

1 jam 30 minit

SELASA

22.5.2012

07.40 – 10.10

4551/2

BIOLOGI 2

2 jam 30 minit

10.40 – 11.55

4551/1

BIOLOGI 1

1 jam 15 minit

12.15 – 01.45

4551/3

BIOLOGI 3

1 jam 30 minit

RABU

23.5.2012

07.40 – 10.10

3756/2

PRINSIP AKAUN 2

2 jam 30 minit

10.40 – 11.55

3756/1

PRINSIP AKAUN 1

1 jam 15 minit

12.15 – 01.45

JEPUN/PERANCIS

1 jam 30 minit

MUET ESOK…?

KEPUTUSAN MUET KHAMIS 26 APRIL...

Keputusan Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi Mac 2012 akan dikeluarkan pada hari Khamis ini.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan melalui pos. 
Calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka menerusi khidmat SMS dengan meniap MUET RESULT No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai pukul 12.01 tengah malam 26 April 2012.
Calon juga boleh mendapatkan keputusan dengan melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9.00 pagi pada 26 April 2012.

Seramai 34,196 orang calon yang menduduki ujian itu di seluruh negara.

Perhatikan ayat-ayat yang menggunakan kata adjektif di bawah. Analisiskan penggunaan kata adjektif tersebut dan jika terdapat kesalahan, silalah betulkan.

  1. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal harganya. 
  2. Sungai yang terpanjang sekali di dunia ialah Sungai Nil.
  3. Keadaan mangsa kemalangan jalan raya itu amat teruk sekali.
  4. Kita mestilah memiliki semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi.
  5. Pasukan kastam akan memperhebatkan operasi mencegah kemasukan barang-barang terlarang ke negara kita.
  6. Penyanyi itu paling banyak sekali mendapat undian daripada penonton.
  7. Kita akan mendapat sebesar besar pahala daripada Allah jika kita berbuat baik kepada ibu bapa.
  8. Begitu berat sekali untuk aku hadapi dugaan ini.

PENDAHULUAN:-

  • Ramai orang bercita-cita menjadi jutawan kerana apabila telah bergelar jutawan, maka kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna dan dihormati. Jika aku diberikan peluang oleh Allah menjadi seorang jutawan, aku akan menggunakan kekayaan itu untuk membahagiakan diri dan keluarga, masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

ISI-ISI:-

  • Aku akan membina sebuah kediaman yang mewah lengkap dengan pelbagai kemudahan yang termoden. Perabot dan kelengkapan rumah yang diperbuat daripada emas dan perak.
  • Aku akan menempah khas beberapa buah kereta yang belum ada di pasaran, sebuah jet persendirian lengkap dengan pilot dan pegawai peribadi, membeli beberapa buah kapal mewah termasuk sebuah kapal selam persendirian.
  • Aku akan membantu semua ahli keluargaku termasuk ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara yang ada pertalian darah denganku supaya mereka dapat hidup senang dan mewah. Segala kekurangan mereka akan dibantu dengan sepenuhnya.
  • Setelah keperluan diri dan keluarga dipenuhi, aku serta keluarga dan sanak-saudara akan pergi menunaikan haji dengan menyewa kapal terbang khas dan segala perbelanjaan akan ditanggung.
  • Walaupun aku sudah bergelar jutawan, namun aku tidak akan lupa diri. Segala kekayaan anugerah Tuhan itu akan dikongsi bersama-sama anggota masyarakat sekeliling:-
  1. Aku akan membina sebuah masjid yang besar lagi moden, lengkap dengan pendingin hawa, perpustakaan dan asrama bagi ditempatkan anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.
  2. Aku akan membina rumah-rumah untuk  diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak berumah.
  3. Aku akan menubuhkan sebuah tabung yayasan yang akan bertanggungjawab membantu golongan miskin melanjutkan pelajaran ke menara gading.
  4. Aku akan menyediakan skim bantuan khas untuk anggota masyarakat sekeliling mendapatkan barangan keperluan harian.
  5. Aku akan membina beberapa buah klinik kesihatan yang menyediakan rawatan percuma kepada para pesakit terutama yang tidak berkemampuan.
  6. Aku akan sentiasa bergaul dan beramah mesra dengan anggota masyarakat untuk mengetahui masalah mereka.
  7. Aku akan berusaha untuk memastikan tiada seorang pun anggota masyarakat di kawasanku menderita kerana dihimpit kemiskinan.
  8. Masalah sistem pengangkutan dan prasarana lain akan dibaik pulih segera untuk kesejahteraan hidup.
  9. Demi memudahkan aku berhubung dengan setiap anggota masyarakat, beberapa buah pejabat khidmat masyarakat akan dibina di setiap kawasan.
  10. Walaupun aku seorang jutawan, aku akan pastikan bahawa aku tidak akan lupa diri dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

PENUTUP:-

  • Menjadi jutawan tidak langsung akan menjadikan diriku seorang yang ego, sombong dan lupa akan asal usul. Sebaliknya segala kekayaan anugerah Tuhan itu akan disalurkan kembali kepada semua insan yang memerlukan. Bagiku, apalah gunanya kekayaan, jika kita masih melihat jiran kita masih dihimpit kemiskinan, kedaifan dan kepapaan. Apa gunanya bergelar jutawan, jika bangsaku hidup melarat di bumi sendiri. Pegangan hidup aku ialah kekayaan yang dimiliki akan digunakan untuk membuat amal ibadat kepada Allah.
  • Kekayaan milik Tuhan yang wajib dikongsi bersama-sama.

Budaya…?

Menurut Deal dan Peterson (1999), budaya ialah satu entiti keseluruhan yang kompleks dan dirangkumi dengan aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi dan dipraktis oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Menurut Ma’rof Redzuan dan rakan-rakan (2001), menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui satu set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri atau lebih dikenali sebagai “concensual dan holistic”.

Menurut Garratt (1990), budaya ialah cara kita membuat sesuatu perkara dalam persekitaran yang sedia ada.

Serba-serbi adat dan budaya…

Perkataan ‘serba’ membawa maksud semuanya atau seluruhnya ataupun segala-galanya. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:-

  • Pelajar berpakaian serba putih.
  • Serba jenis makanan terhidang di meja itu.

Sedikit kekeliruan berlaku apabila sesetengah pengguna bahasa kurang pasti sama ada kata ‘serba’ berkenaan perlu dieja rapat atau berasingan dengan perkataan lain, misalnya serba serbi, serbaneka dan lain-lain. 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kata ‘serba’ hendaklah dieja berasingan dengan perkataan lain kecuali kata serba-serbi (kata ganda) dan serbaneka yang telah digugurkan fonem ‘a’.

  • serba biru
  • serba tahu
  • serba salah
  • serba sedikit
  • serba guna
  • serba satu

HANYA DUA ‘serba’ yang dieja bercantum atau rapat, iaitu:-

  • serbaneka > asalnya serba aneka > tetapi fonem ‘a’ dalam kata aneka telah digugurkan.
  • serba-serbi > kata ganda berirama

Jom Ke Overseas…?

PROGRAM TAJAAN JPA 2012 KHUSUS CALON SPM 2011
DI BAWAH PROGRAM KHAS (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA)
  • Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM 2011 untuk mendapatkan tajaan JPA bagi mengikuti pengajian di bawah Program Khas JPA 2012.
  • Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web: http://esilav2.jpa.gov.my mulai 16 April 2012.
  • Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 22 April 2012.
  • Calon-calon dinasihatkan sentiasa menyemak maklumat terkini melalui laman web di bawah:

Aku Cinta Kamu…?

Lau Kana Bainana

 
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
 
Usman Awang
1979