BAHASA MELAYU DAN RM….

Telah hampir seminggu cikgu tidak mengemaskinikan blog kesayangan cikgu ini, bukan malas, tetapi cikgu berada di luar negara kerana mengikuti program SBT sekolah. Cikgu ke Vietnam bermula 11 – 14 April 2012 dengan seramai 32 0rang pemain hoki lelaki dan perempuan.  Selama 4 hari, 3 malam di kota Ho Chi Minh City, mengikuti pelbagai program yang diaturkan, teringin cikgu khabarkan betapa seronok dan bangganya cikgu apabila mendapati ramai penduduk kota ini yang boleh bertutur menggunakan bahasa Melayu. Walaupun penguasaannya agak terhad, namun jika ke pusat-pusat jualan barangan seperti pakaian dan barangan kraf, tawar-menawarnya biasanya menggunakan bahasa kita. Ringgit Malaysia pun mereka terima.

Bangganya cikgu apabila mendapati bahasa kita meluas penggunaannya. Tapi bagaimana pula dengan keadaan orang kita yang lebih bangga untuk bercakap ‘orang putih’ di tanah air sendiri?

……Fikir-fikirkan….