KEPUTUSAN MUET KHAMIS 26 APRIL...

Keputusan Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi Mac 2012 akan dikeluarkan pada hari Khamis ini.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan melalui pos. 
Calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka menerusi khidmat SMS dengan meniap MUET RESULT No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai pukul 12.01 tengah malam 26 April 2012.
Calon juga boleh mendapatkan keputusan dengan melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9.00 pagi pada 26 April 2012.

Seramai 34,196 orang calon yang menduduki ujian itu di seluruh negara.