TEMA:-

  • Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir buruk dari Barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran Barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang terjadi kepada Jerry.

PERSOALAN:-

  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
  • Konflik dalam keluarga.
  • Tanggungjawab seorang sahabat.
  • Berani menegakkan kebenaran.
  • Menunaikan tanggungjawab terhadap perintah Tuhan.
  • Prihatin tentang masalah orang lain.
  • Remaja yang mudah terpengaruh.

PLOT:-

  • Permulaan
  1. Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi. Ibunya melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma berminat untuk menyiasat misteri itu.
  • Perkembangan
  1. Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
  2. Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak.
  3. Jerry telah bercerita tentang ruang sepi yang terdapat di kelab WX2.
  4. Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui Sukma melaluinya.
  5. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
  6. Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.
  • Klimaks
  1. Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
  2. Jerry telah memberikan maklumat kepada pihak polis.
  3. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
  4. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
  • Peleraian
  1. Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.