Archive for Mei, 2012


PEPERIKSAAN PENGGAL KE-2 2012

1. Ariesya mengambil …………………. lalu melukiskan corak bunga pada kain putih itu.

  • A  conteng
  • B  canting
  • C  cantil
  • D  cantis

2. Emak sedang ………………………… padi yang lembab itu di kawasan yang lapang.

  • A  menampi
  • B  menjerang
  • C  menuai
  • D  menjemur

3. Kita mesti ………………………. ketika berbelanja, lebih-lebih lagi pada zaman inflasi ini.

  • A  berhemat
  • B  berhemah
  • C  berwaspada
  • D  berjaga-jaga

4. Peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang kereta telah di ………………… bermula Januari 2009.

  • A  digubal
  • B  diumumkan
  • C  dikuatkuasa
  • D  berkuat kuasa

5. Pesalah trafik itu menjadi ………………….. apabila anggota polis meminta lesen memandu.

  • A  gamam
  • B  gagap
  • C  gaman
  • D  gundah

6. Buku Modul BM itu ……………………. pelbagai topik sama ada topik tingkatan 1, 2 atau tingkatan 3.

  • A  menjelaskan
  • B  merangkumkan
  • C  mewar-warkan
  • D  menampil

7. Nana kerap terkenang ………………. peristiwa suka duka ketika menuntut di UPM.

  • A  terhadap
  • B  pada
  • C  akan
  • D  dengan

Resepi Penebus Dosa…?

  • Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas akan Allah;
  • Campurkan dengan taubat. Lalu masukkan wadah reda atas semua ketentuan dan takdir Allah;
  • Campurkan juga rasa qana’ah iaitu rasa puas dengan apa Allah berikan kepada kita;
  • Jadikan taubat sebagai campurannya;
  • Masukkan ke dalam kuali takwa. Tuangkan ke dalamnya air rasa malu. Lalu didihkan dengan api cinta;
  • Kemudian masukkan ke dalam adunan rasa syukur;
  • Serta toskan dengan kipas harapan;
  • Lalu akhirnya 
  •  minumlah dengan senduk pujian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cikgu ingin mengambil kesempatan di laman blog cikgu ini untuk mengucapkan selamat hari ibu buat kaum hawa sekalian. Terima kasih kerana melahirkan zuriat demi memakmurkan bumi ini. Semoga jasa dan pengorbanan ibu-ibu sekalian dibalas syurga oleh Allah Yang Maha Besar.

Oh, ya! Di samping kita menyambut hari ibu pada hari ini, satu lagi peristiwa  yang mesti diingati semua. Hari ini iaitu tanggal 13 Mei 1969, telah berlakunya rusuhan kaum yang telah mencoretkan peristiwa hitam dalam lipatan sejarah negara kita.

Selamat Hari Ibu dan jadikan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 sebagai peringatan kita dalam menjalani kehidupan.

Pendahuluan:-

  • Belakangan ini kita sering disogokkan dengan segala macam berita tentang kemusnahan alam dan persekitarannya sehingga menimbulkan ancaman kepada kehidupan makhluk Tuhan termasuklah manusia yang dikatakan khalifah alam buana ini.
  • Secara sedar atau tidak, tangan-tangan manusialah yang begitu ghairah menjadi perencana kemusnahan alam lantaran memuaskan nafsu yang gelojoh dan tamak haloba.
  • Daripada penerokaan tanah, penggalian perut bumi, penggondolan gunung-ganang, penambakan sungai, penebangan hutan dan segala macam lagi angkara manusia, semuanya akan berakhir dengan kemusnahan yang mutlak.
  • Atas nama pembangunan, kita sanggup mengorbankan khazanah kurniaan Tuhan. Contohnya, kita dapat mengukur, menilai dan merumus  betapa banyaknya kesan negatif  yang terbit daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Isi-isi: (Kesan-kesan pembalakan yang tidak terkawal)

Kesan Kepada Negara:-

  • Negara akan menghadapi masalah kekurangan sumber hutan dan sesetengahnya akan menghadapi kepupusan.
  • Negara akan mengalami defisit dari segi pendapatan hasil eksport.
  • Negara akan menghadapi kekurangan bahan mentah untuk kegiatan pembangunan negara.
  • Negara akan menghadapi masalah ekonomi dan pengangguran.
  • Industri pelancongan negara terjejas.

Kesan Kepada Alam Sekitar:-

  • Peningkatan suhu secara ekstrim.
  • Peningkatan kes pencemaran alam sekitar.
  • peningkatan kejadian banjir kilat.
  • Kejadian hakisan dan tanah runtuh semakin berleluasa.
  • Kemusnahan habitan flora dan fauna.
  • Menjejaskan keindahan alam semula jadi.

Kesan Kepada Manusia dan Kehidupan:-

  • Meningkatnya gejala penyakit dalam kalangan masyarakat.
  • Menjejaskan pendapatan penduduk.
  • Menjejaskan kualiti hidup.
  • Meningkatnya kos sara hidup dan perubatan.
  • Generasi muda tidak berpeluang menikmati keindahan hutan dan alam kerana mengalami kemusnahan.

Penutup:-

  • Semua pihak perlu memainkan peranan secara aktif.
  • Tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa.
  • Setiap tindakan yang diambil hendaklah dijalankan secara serius dan istiqamah.
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang.