Pendahuluan:-
- Belakangan ini kita sering disogokkan dengan segala macam berita tentang kemusnahan alam dan persekitarannya sehingga menimbulkan ancaman kepada kehidupan makhluk Tuhan termasuklah manusia yang dikatakan khalifah alam buana ini.
- Secara sedar atau tidak, tangan-tangan manusialah yang begitu ghairah menjadi perencana kemusnahan alam lantaran memuaskan nafsu yang gelojoh dan tamak haloba.
- Daripada penerokaan tanah, penggalian perut bumi, penggondolan gunung-ganang, penambakan sungai, penebangan hutan dan segala macam lagi angkara manusia, semuanya akan berakhir dengan kemusnahan yang mutlak.
- Atas nama pembangunan, kita sanggup mengorbankan khazanah kurniaan Tuhan. Contohnya, kita dapat mengukur, menilai dan merumus betapa banyaknya kesan negatif yang terbit daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Isi-isi: (Kesan-kesan pembalakan yang tidak terkawal)
Kesan Kepada Negara:-
- Negara akan menghadapi masalah kekurangan sumber hutan dan sesetengahnya akan menghadapi kepupusan.
- Negara akan mengalami defisit dari segi pendapatan hasil eksport.
- Negara akan menghadapi kekurangan bahan mentah untuk kegiatan pembangunan negara.
- Negara akan menghadapi masalah ekonomi dan pengangguran.
- Industri pelancongan negara terjejas.
Kesan Kepada Alam Sekitar:-
- Peningkatan suhu secara ekstrim.
- Peningkatan kes pencemaran alam sekitar.
- peningkatan kejadian banjir kilat.
- Kejadian hakisan dan tanah runtuh semakin berleluasa.
- Kemusnahan habitan flora dan fauna.
- Menjejaskan keindahan alam semula jadi.
Kesan Kepada Manusia dan Kehidupan:-
- Meningkatnya gejala penyakit dalam kalangan masyarakat.
- Menjejaskan pendapatan penduduk.
- Menjejaskan kualiti hidup.
- Meningkatnya kos sara hidup dan perubatan.
- Generasi muda tidak berpeluang menikmati keindahan hutan dan alam kerana mengalami kemusnahan.
Penutup:-
- Semua pihak perlu memainkan peranan secara aktif.
- Tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa.
- Setiap tindakan yang diambil hendaklah dijalankan secara serius dan istiqamah.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang.