Archive for Julai, 2012


Walaupun puasa, undangan ceramah cikgu tak pernah puasa. Pada hujung minggu ini cikgu diundang sebanyak dua kali untuk memberikan ceramah Bahasa Melayu PMR kepada pelajar-pelajar SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian betulkan kesalahan imbuhan dan ejaan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

  1. Perkataan perlantikan, perlancaran dan perletakan sering diuji dalam peperiksaan.
  2. Langkah-langkah untuk memperkasa bahasa Melayu akan terus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
  3. Para pengguna dapat mengetahui sesuatu program television yang akan disiarkan dengan cara meneliti intisari rancangan  setiap hari.
  4. Mereka telah menemui jalan keluar setelah tersesat di hutan itu selama beberapa hari.
  5. Burung-burung beterbangan pulang ke sarang apabila tiba waktu senjakala.
  6. Ibu-ibu bapa diingatkan agar memberikan perhatian yang lebih terhadap anak-anak remaja mereka agar tidak terlibat dengan gejala sosial.
  7. Ayah memperisiteri anak perempuannya yang baru balik dari luar negara.
  8. Kerja-kerja memperlebarkan jalan raya itu terpaksa dihentikan kerana kekurangan peruntukkan.
  9. Tentera Berikat telah berjaya menewaskan tentera Jepun dalam Perang Dunia ke 2.
  10. Sungguh tidak ku sangka bahawa orang yang bertanggungjawab menjadi musuh di dalam selimut ialah kekandanya sendiri.

 

Istilah Sastera…?

  • adegan = bahagian daripada babak / lakonan
  • aksi = perlakuan
  • aliterasi = pengulangan konsonan dalam baris yang sama
  • anafora = pengulangan kata depan dalam pantun, sajak, syair …
  • antagonis = watak jahat
  • antologi = kumpulan karya prosa dan puisi yang dibukukan
  • asonansi = pengulangan vokal dalam baris yang sama
  • babak = bahagian dalam drama
  • bait = bahagian dalam sajak
  • balada = lagu atau puisi yang mengisahkan cerita romantis/sentimental
  • cereka = cerita rekaan
  • cerpen = cerita pendek
  • dialog = percakapan watak dalam drama
  • diksi = pemilihan / penggunaan kata oleh penulis
  • elegi = puisi bernada sedih
  • epifora = pengulangan kata akhir dalam baris yang berlainan
  • epik = prosa/puisi tentang kepahlawanan
  • genre = jenis karya satera
  • hiperbola = perbandingan yang melampau
  • humor = unsur lucu
  • imbas kembali = kisah yang digambarkan melalui penceritaan semula
  • imbas muka = ramalan/jangkaan sesuatu kejadian yang akan berlaku
  • intonasi = turun naik nada suara
  • inversi = keterbalikan kata dalam ayat
  • klimaks = bahagian drama/novel/cerpen yang mencemaskan
  • konflik = pertentangan antara individu (idea/kekuatan)
  • latar = penyataan tentang tempat, masa dan masyarakat dalam karya
  • mesej = pemikiran/idea yang disampaikan oleh penulis
  • metafora = perbandingan yang tiada kaitan
  • nada = bunyi suara dalam mengungkapkan hasil karya
  • peleraian = penyelesaian sebuah cerita/drama
  • persoalan = perkara yang mahu ditonjolkan oleh penulis
  • personafikasi = benda/binatang yang diberikan sifat manusia
  • plot = urutan/jalinan cerita
  • prosa = karya yang menggunakan bahasa biasa
  • protagonis = watak hero/baik dalam sesuatu cerita
  • puisi = karya seperti sajak, syair, pantun…
  • simile = kiasan yang menggunakan kata seperti, bagai, umpama …
  • sinkof = kependekan kata
  • sinopsis = ringkasan cerita
  • tema = idea utama yang menjadi pokok sesuatu cerita
  • watak = pelakon
  • watak hitam = watak jahat
  • watak putih = watak baik
  • watak sampingan = watak pembantu
  • watak utama = hero