Assalamualaikum dan selamat berpuasa,
Kelmarin cikgu ada menerima beberapa soalan daripada pengunjung dan tumpuan soalannya berkisar tentang istilah sastera seperti ‘sinis’, ‘melankolik’, ‘patriotik’, ‘metafora’ dan banyak lagi. Pada kesempatan kali ini cikgu akan cuba menjelaskan istilah-istilah seperti di atas secara ringkas. Untuk mendapatkan penerangan lanjut, anda kenalah membuat rujukan dengan meneliti buku kamus sastera.
- Sinis ialah bentuk sajak yang mengetengahkan sindiran-sindiran secara halus bertujuan menimbulkan keinsafan, kesedaran kepada yang berkenaan.
- Melankolik juga bentuk sajak. Sajak yang mengetengahkan gaya penyampaian yang bernada lembut, romantis dan mendayu-dayu. Biasanya untuk menggambarkan perasaan sedih, harapan, kasih sayang dan sebagainya.
- Patriotik pula merupakan bentuk sajak yang mengetengahkan unsur semangat cinta akan tanah air, penentangan terhadap penjajah dan seumpamanya. Sajak ini disampaikan secara penuh bersemangat.
- Metafora pula ialah gaya bahasa perbandingan. Perbandingan yang dimaksudkan ialah perbandingan yang tiada kaitan antara perkataan pertama dengan perkataan kedua. Biasanya ‘metafora’ terdiri daripada dua patah kata sahaja; contohnya-
- sungai derhaka
- kota duka
- mahligai rindu
- lautan darah
– perkataan sungai dengan derhaka tiada kaitan; biasanya kita gunakan kata sungai dengan kata kotor, sungai cetek, sungai sempit dan lain-lain.