Kira-kira 3 juta orang rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan dijangka akan meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok. 

Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, jumlah perokok di negara ini diramalkan meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih 4 juta menjelang 2020.

Peningkatan tersebut menyebabkan lebih 10,000 kes kematian dalam kalangan perokok direkodkan setiap tahun.

Statistik menunjukkan lebih 90% daripada mereka yang ketagih rokok akan kekal menjadi perokok sepanjang hayat.

Mengenai Infoline Berhenti Merokok pula, sehingga September 2011, hanya 373 orang pemanggil sahaja yang menggunakan talian itu.

Sumber: Info Esti, 18 Ogos 2012