TEMA: GENERASI BERWAWASAN
Tugasan: Ciri-ciri generasi yang berwawasan
Idea
- mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain
- mempunyai daya saing yang tinggi supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain
- mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang selaras dengan era globalisasi
- mempunyai kemahiran berkomunikasi yang terserlah dalam pelbagai bahasa
- mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
- patuh akan undang-undang negara agar tidak terlibat dalam perkara negatif
- mempunyai idea yang kritis, kreatif dan inovasi dalam mereka cipta sesuatu
- mempunyai keinginan untuk belajar sepanjang hayat supaya ilmu sentiasa bertambah
- mempunyai minda yang terbuka iaitu bersedia untuk menerima teguran orang lain
- sentiasa dinamik dan progresif dalam melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan
- sanggup menghadapi cabaran tanpa mengenal erti putus asa
- berani melakukan perubahan dari segi sikap agar tidak bersifat jumud
- mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang
- mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri
- mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
- memiliki semangat dan daya juang yang mantap
- sentiasa bersaing dan berada di hadapan
Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman