Penulisan esei menjadi menarik dan lebih matang jika seseorang penulis itu menyisipkan kosa kata luas, ungkapan menarik, peribahsa yang sesuai dalam hasil karyanya. Walau bagaimanapun penggunaannya biarlah serasi dan relevan dengan idea-idea yang mahu diutarakan. Cuba kita lihat contoh penggunaan kosa kata luas / frasa menarik dalam ayat di bawah:-

  • Masyarakat mestilah pandai menggunakan cara-cara….
  • Masyarakat mestilah bijak mengaplikasikan pelbagai teknik….
  • Antara perkara yang mempengaruhi sikap remaja…
  • Antara elemen utama yang menjadi dalang kepada perubahan sahsiah dan perwatakan…..

Begitu juga penggunaan peribahasa dalam penulisan, ramai penulis yang gemar menggunakan peribahasa sebagai pengukuh idea, menyokong contoh yang diutarakan. Pada penulis, tidak menjadi masalah selagi penggunaan peribahasa itu sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Cuma penulis ingin mengingatkan bahawa tidak perlu ditulis tanda pengikat kata (“) di awal dan di akhir peribahasa berkenaan. Contoh kesalahan:-

  • Gejala lumba haram oleh anak-anak muda Melayu semakin menular dan fenomena ini bukan hanya berlaku di bandar-bandar besar sahaja, malah di desa-desa pun, kegiatan ini semakin menjadi ikutan seperti kata pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”.