Category: BANK SPM


Rukun Negara : Matlamat dan Kepentingannya Kepada Negara

 Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, cinta akan negara dan cinta akan kedamaian.

 Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalamnya terangkum kesemua nilai hidup yang menjadi pegangan kita–memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan negara terjamin.

 Melalui Rukun Negara, antara objektif  masyarakat yang hendak dilahirkan oleh Malaysia adalah seperti berikut :.

  1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

  1. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.

Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.

  1. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang  kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

  1. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

  1. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Advertisement

TEMA:   GENERASI BERWAWASAN
Tugasan:  Ciri-ciri generasi yang berwawasan

Idea

  • mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain
  • mempunyai daya saing yang tinggi supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain
  • mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang selaras dengan era globalisasi
  • mempunyai kemahiran berkomunikasi yang terserlah dalam pelbagai bahasa
  • mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
  • patuh akan undang-undang negara agar tidak terlibat dalam perkara negatif
  • mempunyai idea yang kritis, kreatif dan inovasi dalam mereka cipta sesuatu
  • mempunyai keinginan untuk belajar sepanjang hayat supaya ilmu sentiasa bertambah
  • mempunyai minda yang terbuka iaitu bersedia untuk menerima teguran orang lain
  • sentiasa dinamik dan progresif dalam melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan
  • sanggup menghadapi cabaran tanpa mengenal erti putus asa
  • berani melakukan perubahan dari segi sikap agar tidak bersifat jumud
  • mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang
  • mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri
  • mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
  • memiliki semangat dan daya juang yang mantap
  • sentiasa bersaing dan berada di hadapan

Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman 

ANALISIS KEKERAPAN JUDUL KOMSAS PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI TAHUN 2012
 
 SOALAN 2(b) – Cerpen dan Drama
JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Cerpen Hutan Rimba (T5)
√√√√
Cerpen Pahlawan Buntung (T5)
√√√
Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong (T5)
√√√
Telah keluar Jun 2012
Cerpen Penanggungan (T5)
√√
Cerpen Idola (T5)
√√
Cerpen Ibu dan Ceper (T4)
√√
Cerpen Mellisa (T4)
SOALAN 2(c) – Prosa Klasik
JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Merah Silu (T4)
√√√√√
Hikayat Indera Nata (T4)
√√√√
Pelayaran yang penuh peristiwa (T4)
√√√√
Hikayat Langlang Buana (T5)
√√
Hikayat Khoja Maimun (T5)
Opu Daeng Menambun (T5)
  
SOALAN 2(d) – Puisi
JUDUL
Kekerapan dipilih
CATATAN
Sajak Adat Sezaman (T4)
√√√
Telah keluar Jun 2012
Sajak Bangkitlah (T5)
√√√
Sajak Di Bawah Langit yang Sama (T5)
√√√
Sajak Dirgahayu Bahasaku (T5)
√√
Sajak Kecek V (T5)
√√
Syair Makna Riak (T4)
Sajak Mengintai Ruang Insaf (T4)
Sajak Mahsuri (T4)
Sajak Harga Remaja (T4)
SOALAN 4 (a) & (b) – Novel
ASPEK KAJIAN SASTERA
Kekerapan dipilih
CATATAN
Latar tempat
√√√√
Latar masyarakat
√√√
Nilai tanggunjawab – peristiwa
√√√
Nilai kasih sayang – peristiwa
√√√
Tema
√√√
 Jun 2012
Peristiwa menarik
√√
Pengajaran
√√
 Jun 2012
Watak utama – konfrlik
√√
 Nov. 2011
Teknik plot
√√
Peleraian cerita
Kesesuaian judul dengan kandungan
Nilai kemanusiaan – umum
Persoalan – ketabahan watak utama
 Nov. 2011
Nilai kerjasama – peristiwa
Nilai keberanian
Watak sampingan – perwatakan
Watak utama – cabaran
Nilai ketabahan
(Sumber : Blog Cikgu Zaki – BMSPM.net)
ANALISIS SOALAN NOVEL BERDASARKAN PERCUBAAN SPM 2012
NEGERI
4(a) – 7 markah
4(b) – 8   markah
KELANTAN
Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan ketabahan watak dalam menghadapi dugaan
Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel
TERENGGANU
Huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel
Satu latar masyarakat dalam dua buah novel
PAHANG
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
JOHOR
Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada   novel tersebut.
SELANGOR
Huraikan dua latar tempat beserta peristiwa
Dua teknik plot dalam sebuah novel
NEGERI SEMBILAN
Kesesuaian pemilihan judulsesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.  Buktikan
Berdasarkan sebuah novel,  huraikan tiga latar masyarakat
MELAKA
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan temayang terdapat dalam novel tersebut.
Jelaskan satu nilai ketabahanyang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
PERAK
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
Berdasarkan dua buah novel,  satupengajaran
KEDAH
Peleraian cerita (plot)
pengajaran
PERLIS
Huraikan tema sebuah novel
Berdasarkan dua buah novel,  satulatar tempat
SARAWAK
Kuching
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapaperistiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflikyang dihadapi dalam setiap novel
YIK
Dua konflik yang dihadapi olehwatak utama dan cara watak menyelesaikannya
Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa yang memaparkan kasih sayang
PULAU PINANG
Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat
Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa mnunjukkan nilai kerjasama dalam novel:
MRSM
Jelaskan tema beserta huraian peristiwa
Berdasarkan dua buah novel.  Huraikan  satu  perwatakan watak sampingan
LABUAN
Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel
Skor BH
Dua peristiwa yang menggambarkannilai kasih sayang
Berdasarkan sebuah novel,  huraikanlatar masyarakat
Times
Dua latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan
Teknik penceritaan dalam dua buah novel
SBP
Pilih dua peristiwa menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu menarik perhatian anda
Berdasarkan dua buah novel,  huraikan satu latar masyarakat

(SUMBER : BLOG CIKGU ZAKI – BMSPM.NET)

SEMAK TATABAHASA…?

SM. SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

16100 KOTA BHARU, KELANTAN.

 ITEM PENGUKUHAN-PENGAYAAN BAHASA MELAYU PMR 2012

  1. Puan Aida mengirimkan anaknya wang pada setiap hujung bulan bagi menampung belanja persekolahan anaknya itu.
  2. Pembacaan yang luas dapat mempertajamkan minda para pelajar.
  3. Ramai kanak-kanak orang Asli buta huruf dan ketinggalan daripada pelbagai segi.
  4. Oleh kerana sessi persekolahan baru sahaja tamat, banyak pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar sesama mereka.
  5. Mangkuk kristal kesayangan ibu telah remuk setelah terhempas ke lantai.
  6. Majlis perlantikan barisan pemimpin-pemimpin baharu pengawas akan dilangsungkan pada minggu depan.
  7. Jalan cerita drama yang melirik-lirik itu menimbulkan rasa bosan di kalangan penonton.
  8. Saya diminta oleh Cikgu Ali untuk menulis kata-kata aluan bagi buku majalah tersebut.
  9. Milah telah kehilangan kedua orang tuanya ketika dia berumur lima setengah tahun.
  10. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah cikgu terima pada tahun 1993.
  11. Setiap manusia akan mengimpikan sebuah kehidupan yang mengembirakan.
  12. Temuduga terbuka pegawai kedet tentera itu mendapat sambutan hangat daripada para belia-belia.
  13. Ayah berkerja sebagai juru mesin di kilang papan itu.
  14. Persie berjaya menjaringkan gol untuk MU di minit yang ke 65.
  15. Lukisan-lukisan yang dipamirkan di kedai itu cantik-cantik.
  16. Sebelum datuk meninggalkan dunia, dia sempat berpesan agar saya tidak mengabaikan solat.
  17. Jangan mengambil barang kepunyaan orang tanpa kebenaran.
  18. Jebatkah yang bersalah, atau akukah?
  19. Beberapa kereta terlibat di dalam kemalangan ngeri itu.
  20. Penyanyi yang sangat terkenal itu sedang membuat persembahan di pentas.
  21. Langkah dominan menggalakkan amalan membaca ialah mengadakan kempen kesedaran.
  22. Periuk-belanga kepunyaan Tuan Puteri Saadung masih tersimpan di gua Bukit Marak.
  23. Ramai penonton mengakui akan kehebatan penyerang muda itu.
  24. Kempen anti-merokok kurang berjaya kerana tidak mendapat kerja sama yang baik dari orang awan.
  25. Bapa baru sahaja balik kampung kerana ada kematian keluarganya di sana.
  26. Dengan berpandukan kepada peta lakaran itu, kami mula meredah hutan yang tebal itu.
  27. Pilhanraya Umum ke-13 akan diadakan pada akhir tahun ini.
  28. Udara-udara yang tercemar oleh asap-asap kilang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar.
  29. Mayat-mayat yang bergelimpangan itu adalah mangsa pembunuhan kejam rejim tentera Syria.
  30. Pemain badminton itu menyertai banyak kejohanan, namun masih gagal menjadi juara.

** Kesan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat di atas kemudian cadangkan cara pembetulannya.

> Jawapan selepas ini.

  • Membantu meningkatkan perkembangan industri negara.
  • Membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia.
  • Menggalakkan perkembangan industri pelancongan.
  • Membantu mengatasi masalah pengangguran.
  • Meningkatkan semangat patriotik terhadap negara.
  • Mengurangkan kos perbelanjaan individu, keluarga dan negara.
  • Mengurangkan jumlah import negara.
  • Mengurangkan kebergantungan negara terhadap negara luar.
  • Membantu negara menjadi negara pengeksort produk tertentu. 

Sinopsis Dua Geliga Hikmat…?

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Sumber: Blog Cikgu Azaman

Plot ‘Renyah’…?

PERMULAAN:-

  • Datuk Dolhi menceritakan masalah anak-anaknya yang tidak berminat untuk mengikut jejak langkahnya sebagai ahli perniagaan kepada isterinya, Datin Tominah.

PERKEMBANGAN:-

  • Anak-anak Datuk Dolhi masing-masing sibuk dengan minat mereka dan tidak mempedulikan ajakan ayahnya untuk membantu dalam perniagaannya.

PERUMITAN:-

  • Seorang demi seorang anak Datuk Dolhi menimbulkan masalah kepada keluarga Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bercuti ke Jepun untuk berjumpa Wahi dan menenangkan fikiran.

KLIMAKS:-

  • Hasnol bercuti ke Eropah dan menjadi buruan BPR. Ilham lari ke luar negara, Dani ditangkap polis, dan Mukhlis menjadi tidak siuman. Wahi telah pulang ke tanah air bersama-sama isterinya.

PELERAIAN:-

  • Hasnol pulang dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. Dani dimasukkan ke pusat pemulihan, manakala Mukhlis dirawat di hospital mental. Datuk Dolhi menyerahkan perniagaannya kepada Wahi dan beliau pun bersara.

Hikayat Indera Nata…?

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA
Sumber: Blog Cikgu Azaman
ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Tema
Pengembaraan anak raja yang menempuh pelbagai cabaran demi melaksanakan tugas raja
Indera Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh Indera Nata seperti menemui binatang buas, mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh puteri dan mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya
Persoalan
Persoalan keberanian anak raja menempuh cabaran
Indera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang buas dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang buas
Persoalan kehebatan dan kesaktian anak raja/ bangsawan
Indera Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat bercakap dengan binatang-binatang buas itu
Persoalan patuh pada arahan raja
Inderanata patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Persoalan kebijaksanaan untuk mendapat sesuatu yang dihajati
Tuan Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka besar, mereka mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka cepat membesar
Persoalan tipu muslihat untuk menyelamatkan diri
Indera Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa mencari kijang emas dengan menunggang gajah serta membawa segala peralatan yang terdapat di mahligai bersamanya
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Bonda Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya tidak senang sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana sangat teringatkan anaknya.
Watak & perwatakan
Indera Nata
Seorang yang berani
Indera Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang Indera Jenaka
Seorang yang patuh pada arahan
Indera Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Seorang yang bijaksana
Indera Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah bergadingkan emas dan melarikan tujuh puteri ke Rom
Seorang yang baik hati
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa raksasa dengan membawanya pulang ke Rom
Watak & perwatakan
 
Tuan Puteri Cendana Kesuma
Seorang yang petah berkata-kata
Tuan Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera Nata dan juga boleh berpantun
Seorang yang bijaksana
Tuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar
Seorang yang penyayang
Tuan Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya
Latar masa
7 hari 7 malam
Perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Waktu siang
Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
Waktu pagi
Raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas
Waktu petang
Raksasa tidur
Waktu tengah malam
Indera Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Latar tempat
Negeri Rom (rumah Si batu Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera Nata yang sangat berani dan menyelamatkannya daripada dimakan binatang buas
Sebuah bukit tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawannya
Sebuah peti emas
Indera Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas supaya tidak diketahui oleh raksasa
Rumah bonda Indera Nata
Indera Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang mengembara bersama-sama dengan gajah bergadingkan emas dan tujuh orang puteri
Latar masyarakat
Masyarakat bangsawan
Diwakili oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati dan Tuan Puteri Cendera Kesuma
Masyarakat yang berani
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
Masyarakat yang patuh pada arahan
Indera Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Masyarakat yang suka membantu
Indera Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan oleh binatang buas
Masyarakat yang bijaksana
Indera Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga dapat melepaskan diri
Nilai
Taat setia
Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Baik hati
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan raksasa
Keberanian
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
Bijaksana
Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri
Kasih sayang
Bonda Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan Indera Nata yang mengembara mencari gajah bergadingkan emas
Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas
Kita hendaklah taat pada perintah raja walaupun pekerjaan itu sukar
Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan supaya beban mereka dapat diringankan
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan kepada raksasa
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah agar matlamat dapat dicapai
Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan raksasa
Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihadapi
Indera Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamaynya untuk mencari gajah bergadingkan emas
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
Sebermula, hatta
Bahasa Istana
Tuanku, kakanda, anakanda
Puisi tradisional – pantun
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga
Hujan arah ke langit biru
Tawakalku dapat juga
Simile
Maka ia mendengar bunyi seperti ribut
Hiperbola
Gajah bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa…?

SINOPSIS:

  1. Mengisahkan pelayaran Awang Sulung Merah Muda (ASMM) bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa (PDSJ)
  2. ASMM menyamar sebagai budak comot dan hitam menyebabkan dia dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua.
  3. PDSJ jatuh cinta akan ASMM.
  4. ASMM mengarahkan kapal belayar mengikut arah angin dan tiba di Pulau Tapai.
  5. PDSJ menyuruh ASMM mencari kayu api dan air dengan meminta Si Kembang Cina memberikan buyung suasa untuk mengambil air.
  6. ASMM tidak ke pulau sebaliknya berkayuh ke tengah laut.
  7. Tuanku Nakhoda Tua memberitahu bahawa sesiapa yang dapat menyelamatkan seisi kapal daripada lanun akan dikahwinkan dengan PDSJ.
  8. PDSJ meminta ASMM melawan dengan lanun tersebut.
  9. ASMM kemudian mandi dengan limau selimpat pagar dan sabun wangi. Tubuhnya menjadi putih, kemudian berpakaian lengkap pusaka tua warisan bondanya.
  10. ASMM berjumpa dengan ketua lanun. Mereka mengenali suara ASMM dan menjadi takut.
  11. ASMM memberitahu pelayarannya kerana menemani PDSJ pulang ke negerinya dan telah berhutang 28 rial dan emas sejangka tiga kepada Datuk Batin Alam. Ketua-ketua lanun berjanji akan memenuhkan kapal itu dengan rial batu dan emas.
  12. Jurumudi membuat helah dengan menikam seekor ayam lalu memberitahu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dia yang menyelamatkan kapal itu daripada lanun.
  13. Tuanku Nakhoda Tua menitahkan Mualim Cik Mas menikahi puterinya dengan jurumudi.
  14. PDSJ membantah dan memberitahu cerita yang sebenar.
  15. ASMM akhirnya dinikahkan dengan PDSJ.
  16. Selepas kenduri beberapa hari, kapal itu belayar meninggal Laut Pulau Salah Nama dan akhirnya tiba di Negeri Pati Talak Terengganu.
  17. Di situ berlaku peristiwa aneh iaitu segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan disambut oleh seluruh isi alam.
  18. Sebelum naik ke balairung seri, ayam ASMM yang bernama Kinantan Suci telah menang berlaga dengan ayam di negeri itu.