Category: BANK SPM


PERNYATAAN
HURAIAN
Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran  supaya jalan penyelesaian dapat difikirkan dengan mudah.
Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah.
Kita hendaklah mempertahankan hak warisan keluarga supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.
Datuk Dolhi sangat mengharapkan anak-anaknya mewarisi perniagaan yang dibina selama ini sehingga memiliki syarikat Dolhi-Albert Holding supaya perniagaan tersebut tidak diambil alih oleh orang lain kerana sayangkan hak warisan tersebut.
Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu tugasan supaya hasil yang memuaskan dapat diperoleh.
Datuk Dolhi gigih memperluas perniagaannya sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan
Kita harus teguh pendirian dalam membuat keputusan agar keputusan yang diambil tidak mendatangkan kesan buruk.
Hasnol tetap dengan keputusannya tidak akan melepaskan jawatan PTD walaupun dipujuk oleh ayahnya berkali-kali untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana memikirkan pekerjaanya mempunyai masa depan yang cerah.
Kita harus menyayangi  seseorang dengan sepenuh hati agar kehidupannya tidak merana.
Datuk Dolhi menikahi Mastura yang dikenalinya sejak belajar di universiti selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah kerana rasa sayang dan tanggungjawab kepada Mastura
Kita harus menghormati pekerja bawahan supaya hubungan mesra dapat diwujudkan.
Datuk Dolhi meminta pendapat setiausahanya, Rozie tentang KMM dan cara terbaik untuk dilaksanakan di syarikat mereka tanpa meninggalkan identiti sendiri.
Kita mesti bersimpati terhadap penderitaan orang lain agar beban mereka dapat diringankan.
Datuk Dolhi menyara Wahi sejak dilahirkan sehingga bekerja dengannya kerana perasaan simpatan kepada anaknya itu yang tidak mendapat kemewahan berbanding dengan anak-anaknya yang lain
Kita mesti bertanggungjawab membina sebuah keluarga yang bahagia supaya masa depan anak-anak gemilang.
Datuk Dolhi berusaha membina empayar perniagaannya semata-mata untuk anak-anaknya pada masa hadapan.
Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya pencemaran dapat dielakkan.
Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazanah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan
Kita hendaklah bersemangat untuk mengubah nasib bangsa sendiri supaya tidak mudah ditindas oleh orang lain suatu hari nanti.
Datuk Dolhi mahu orang Melayu mengubah sikap supaya tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan mengambil sikap seperti orang Cina yang mendidik keluarga mereka dalam suasana berniaga
Kita hendaklah menggunakan barangan buatan tempatan kerana mutu barangan tempatan juga setanding dengan barangan luar negara.
Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereka saga limosin barunya buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya juga bermutu tinggi.
Kita harus memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan supaya keputusan yang diambil tidak merugikan kita nanti.
Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semasak-masaknya sebelum bersetuju membuka butik untuk mengelakkan kerugian pada akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membela anak yatim
Kita hendaklah menerima kenyataan atas apa yang berlaku kerana ada hikmah di sebaliknya.
Datuk Dolhi reda dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Ilham kerana masalah yang dicetuskannya dan akan bercuti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tanpa perlu menghormatinya sebagai ahli perniagaan terkenal.
Kita harus amanah terhadap apa yang dipertanggungjawabkan terhadap kita supaya kita akan dipercayai orang lain.
Datuk Dolhi tidak memberi wang syarikat kepada Hasnol dan Mukhlis walaupun syarikat tersebut adalah kepunyaannya kerana beberapa prosedur perlu diikuti dan tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya
Kita mesti berterus terang menceritakan masalah yang dialami supaya hidup menjadi lebih tenang.
Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah bapa kandung Wahi semasa bercuti di Jepun. Datuk Dolhi juga memberitahu Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu.
Kita hendaklah bersikap sabar atas perbuatan orang lain supaya jiwa kita tidak merana.
Datin Tominah sabar dengan tingkah laku anaknya, Hasnol yang bersikap angkuh semasa memulangkan hutangnya sebanyak sepuluh ribu. Dia juga sabar dengan perbuatan Hasnol yang meletakkan gagang telefon dengan kuat setelah ibunya tidak mampu memberikan wang kepadanya.
Jangan kita mengamalkan rasuah kerana amalan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.
Tengku Munir mengancam akan membuatkan kehidupan Hasnol menjadi susah jika dia tidak membantu meluluskan semua tender yang dipohonnya tetapi telah ditendang sebelum ini oleh lembaga tender. Tengku Munir juga sanggup untuk merasuah Hasnol sebanyak tiga ratus ribu jika Hasnol membuat apa yang diarahkannya.
Jangan kita bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri kerana amalan sedemikian akan menyebabkan kita kerugian nanti.
Albert Lee beria-ia untuk menjodohkan anaknya. Robert Lee dengan Amera walaupun Robert terpaksa memeluk agama Islam dan terpaksa mengorbankan identiti Cina mereka demi menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding  yang dikongsi bersama-sama dengan datuk Dolhi. Albert Lee ingin mengambil kesempatan atas masalah keluarga yang dihadapi oleh Datuk Dolhi pada masa sekarang. Sebab itulah dia mahu Robert terus memikat Amera.
Jangan kita bersikap ego dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliki kerana sikap sedemikian akan memakan diri kita nanti.
Hasnol bersikap angkuh terhadap ibunya apabila memiliki wang yang banyak hasil daripada perbuatan rasuahnya menyebabkan dia ditangkap oleh pihak berkuasa.
Jangan kita mengecewakan ibu bapa kita kerana amalan sedemikian tidak mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Anak-anak Datuk Dolhi telah melakukan perkara-perkara yang telah menyebabkan Datin Tominah mencadangkan supaya mereka lari ke tempat lain untuk mengelakkan daripada masalah yang dihadapi kerana sangat kecewa dengan anak-anaknya.
Jangan kita melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan hidup orang lain sengsara demi perjuangan kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mengecewakan orang lain.
Ilham menghasut orang Asli supaya membina benteng manusia supaya pembalakan tidak dapat dilakukan di kawasan tersebut, sedangkan orang yang terlibat dalam pembalakan itu sebenarnya ayahnya sendiri sehingga memaksa ayahnya bercuti untuk menenangkan fikirannya akibat kecewa dengan sikap Ilham.

Sumber: Blog Cikgu Azaman

Drama Forum Remaja 2020…?

PEMAHAMAN DRAMA FORUM REMAJA 2020
Soalan 2 (b) : Petikan drama
MU 1 : Sebenarnya apa yang kami lakukan tadi hanyalah sebagai ujian sahaja, untuk melihat sejauh mana dan sedalam mana perhatian dan cinta saudara kepada tanah air saudara.
CHONG : Maafkan saya, saya ingat betul-betul tadi!
MU 11 : Nampaknya, cinta saudara terhadap Malaysia sungguh mendalam. Itu satu petanda yang baik sekali.
Ketiga-tiga pelajar rasa bangga dengan pujian itu.
MU 1 : Tapi perasaan cinta saja tidak mencukupi!
SALMAH : Perasaan lagi!
CHANDRAN : Apakah ayat saudara itu tadi marupakan permulaan kepada ujian yang baru?
MU 11 : Bukan ujian baru. Tapi lanjutan kepada yang tadi. Sebagai orang muda, saudara-saudara perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian. Barulah ketahanan diri dapat dibina. Justeru, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara!
CHONG : Bolehkah kami tanya satu soalan? Antara ramai orang, mengapa kami yang saudara pilih?
MU 1 : Saudara kami pilih kerana saudara mewakili generasi muda yang merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini.
CHANDRAN : Untuk lebih tepat lagi, mengapa kami bertiga yang saudara pilih?
MU 1 : Kami pilih kerana saudara merupakan bakal pemimpin negara ini.
Ketiga-tiga pelajar memandang sesama sendiri dengan tanda tanya dan seronok.
SOALAN:
i) Mengapakah ketiga-tiga orang pelajar tersebut telah dipilih oleh Makhluk Utopia untuk berforum dengannya?
[ 2 markah]                                                                                    
Ketiga-tiga orang pelajar tersebut telah dipilih oleh Makhluk Utopia kerana mereka mewakili generasi muda yang merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini. Selain itu, mereka juga dipilih kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara Malaysia.
ii) Pada pendapat anda, selain mempunyai ketahanan diri, jelaskan perkara lain yang perlu ada pada remaja untuk menjadi pemimpin masa hadapan.                                             
[3 markah]
Pada pendapat saya, selain ketahanan diri, perkara lain yang perlu ada pada remaja untuk menjadi pemimpin masa hadapan ialah memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kerana mereka berhadapan dengan cabaran yang besar ketika memimpin negara. Selain itu, remaja juga perlu memiliki nilai integriti yang tinggi kerana mentadbir negara memerlukan seorang yang bertanggungjawab, amanah, komited dan mampu bersaing. Seterusnya, perkara lain yang perlu ada pada remaja ialah memiliki keutuhan pegangan agama dalam diri supaya mereka tidak terpengaruh dengan segala anasir yang mampu memesongkan pemikiran mereka. 
(iii) Huraikan dua nilai dalam petikan dan dua nilai dalam keseluruhan drama.                 [4 markah]
Dua nilai dalam petikan ialah cinta akan tanah air, iaitu Makhluk Utopia memuji Salmah, Chong dan Chandran kerana mempunyai semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Nilai lain ialah ketahanan diri, iaitu Salmah, Chong dan Chandran perlu menghadapi banyak cabaran supaya mereka memiliki daya tahan yang tinggi untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Dua nilai dalam keseluruhan drama pula ialah ketakwaan, iaitu golongan remaja perlu menjalani kehidupan beragama sepenuhnya supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa dari Barat. Nilai lain ialah berani, iaitu Chong, Salmah dan Chandran berani berhujah dengan Makhluk Utopia untuk menyangkal apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia dan menyatakan kebenaran mereka.  (Sumber: Blog Cikgu Azaman)
  • TEMA

Mengisahkan tema penderitaan batin anak nelayan (Mir) yang mengalami konflik jiwa kerana rumahnya yang terletak di tepi pantai akan dirobohkan untuk didirikan tempat peranginan. Mir juga kasihan akan bapanya yang akan hilang tempat tinggal dan punca mata pencarian sebagai nelayan. Mir juga kehilangan ibunya ketika melahirkannya.

  • PERSOALAN
  1. Keadaan kehidupan nelayan yang serba kekurangan.
  2. Projek pembangunan di tepi pantai akan menyebabkan pencemaran laut.
  3. Berdoa dan menyerahkan diri kepada Tuhan ialah jalan terbaik untuk ketenangan jiwa.
  4. Sahabat yang baik akan bersama-sama kita sepanjang masa.
  5. Pembangunan di kawasan tepi pantai perlu dipantau agar tidak menjejaskan punca pendapatan nelayan.
  • LATAR TEMPAT
  1. Laut – tempat ayah Mir mencari rezeki.
  2. Rumah panjang
  3. Rumah Hakimah
  4. Di kampus – tempat Mir dan Hakimah belajar
  5. Tepi pantai
  • LATAR MASYARAKAT
  1. Masyarakat nelayan
  2. Masyarakat penyayang
  3. Masyarakat yang kuat pegangan agama

Tema:-

  • Semangat perjuangan(patriotik) seorang tokoh pejuang mahu berkongsi pengalaman lampau beliau dengan masyarakat. > Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucu dalam usaha beliau membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Persoalan:-

  • Sikap generasi muda yang memandang sepi jasa tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada negara.
  • Pengorbanan demi cinta akan negara.
  • Rasa tanggungjawab terhadap nasib anak bangsa pada masa depan.
  • Kekecewaan seseorang tokoh nasionalisme pada penghujung usia.
  • Kecintaan terhadap bangsa dan tanah air.
  • Cabaran pada zaman pramerdeka.

Watak-watak:-

  1. Pak Itam
  2. Tuk Mat
  3. Rokiah
  4. Halimah
  5. Rogayah
  6. Jali
  7. Siti Nurhidayah


Soalan Novel spm 2010…?

4(a)

  • Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. ( 7 markah )

4(b)

  • Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. ( 8 markah )

(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah:

  • suka duka

Kita terpaksa menempuh suka duka kehidupan dengan tabah.

  • baik buruk

Baik buruk tingkah laku anak-anak sebenarnya berpunca daripada didikan ibu bapa.

  • penat lelah

Penat lelahnya kini telah terbalas apabila perniagaannya mula berkembang maju.

  • melayari laman web

Masa senggangnya diisikan dengan aktiviti melayari laman web sosial.

  • pembangunan mesra alam

Mutakhir ini kerajaan amat menitikberatkan pembangunan mesra alam yang dapat melestarikan alam sekitar.

  • semangat setia kawan

Semangat setia kawan perlu diterapkan ke dalam diri para remaja agar kehidupan mereka akan lebih bermakna. 

Setiap ayat di bawah mengandungi kesalahan dalam tatabahasa. Cuba betulkan kesalahan tersebut.

1.  Andaikata kau menjadi bulan, biar aku menjadi pungguknya.

2.  Perabot itu diperbuat dari kayu jati.

3.  Saya mengunjungi sepupu saya di Johor Bharu.

4.  Tolong emelkan senarai harga barang itu dengan segera.

5.  Finas telah menghantar sepuluh orang deligasi ke Festival Filem Cannes.

6.  Banyak premis-premis perniagaan mengadakan jualan murah sempena musim perayaan.

7.  Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada para panel hakim kerana sudi berkongsi pandangan pada petang ini.

8.  Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-XII telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

9.  Kempen anti-dadah di seluruh negara telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

JAWAPAN:

1. Andaikata > Andai kata, kau menjadi > kaumenjadi

2. dari > daripada

3. Johor Bharu > Johor Bahru

4. emelkan > e-melkan

5. deligasi > delegasi

6. Banyak premis-premis > Banyak premis

7. Berbanyak > Berbanyak-banyak

8. ke-XII > ke XII

9. anti-dadah > antidadah

Renyah: Watak protagonis…?

Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah karya novel, cerpen atau lain-lain. Watak protagonis dalam novel Renyah ialah Datuk Dolhi.

  • Seorang usahawan berumur 60-an yang berjaya.
  • Lelaki Melayu dan beragama Islam.
  • Seorang pintar:-
  1. mencari peluang perniagaan di dalam mahupun di luar negara.
  2. sering diundang menyampaikan ceramah tentang perniagaan kepada usahawan muda.
  3. menghantar Wahi ke Jepun untuk mendapatkan teknologi terkini dan mempelajari budaya kerja orang Jepun.
  • Seorang yang rajin:-
  1. memantau projek.
  2. mengadakan perbincangan tentang pelaburan Gugusan Nusa Tiga yang melibatkan Johor, Singapura dan Batam.
  3. membaca buku untuk menambahkan pengetahuan.
  4. menghadiri bengkel public speaking.
  • Seorang yang penyayang:-
  1. menemankan Datin Tominah ke pertunjukan Busana Islam.
  2. berhasrat membelikan isteri keduanya sebuah kondominium.
  3. menghadiri majlis anugerah guru cemerlang anaknya Amera.
  4. mengambil berat tentang kebajikan anaknya Wahi.
  • Tidak tegas:-
  • mengahwini Tominah atas desakan keluarga walaupun sudah ada kekasih iaitu Mastura.
  • membiarkan anak-anak mengikut haluan sendiri walaupun dia berhasrat untuk membimbing anak-anaknya menjadi usahawan.

Persoalan merupakan isu-isu atau elemen-elemen yang diketengahkan oleh pengarang untuk membentuk sesebuah karya yang menarik dan berkesan lagi bermatlamat.

Terdapat banyak sekali persoalan yang diutarakan penulis melalui novel ‘Renyah’ ini. Tetapi pada kesempatan kali ini, cikgu hanya akan membicarakan persoalan-persoalan yang negatif sahaja. Antaranya:-

  • Persoalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam

Dua perkara pokok yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah dalam kalangan kakitangan awam ialah tekanan pihak tertentu dan rasa keinginan untuk hidup mewah. Melalui novel ini diceritakan, Hasnol terperangkap dengan kes rasuah kerana telah diugut oleh Tengku Munir dan desakan isterinya Linda untuk hidup mewah. Akhirnya, Hasnol dibawa ke muka pengadilan.

  • Persoalan penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah dan muzik rock tidak boleh dipisahkan. Dani yang merupakan anak bongsu Datuk Dolhi merupakan penyanyi  kumpulan Young Rock Band terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap polis. Dia dibicarakan dan akan dihantar ke pusat serenti untuk pemulihan.

  • Persoalan ajaran Islam songsang

Kecenderungan Mukhlis, anak Datuk Dolhi untuk mendalami ilmu agama tidak mendapat perhatian ibu bapanya. Akhirnya dia menyertai kumpulan dakwah yang enggan bekerja atau berniaga kerana bekerja pada zaman ini bersifat sekular. Kegiatan dakwah ini berpusat di Kampung Sungai Bakau. Mereka bekerja di kilang mi dan dibayar gaji sebanyak RM5. sehari. Tuk guru mendapat keistimewaan iaitu boleh berkahwin silih berganti, pergi berdakwah di Eropah dan di Amerika dengan membawa isteri baru, Khalidah dan berkereta mewah. Mukhlis akhirnya merana dan menghidap penyakit mental.

memori seorang tua…?

 

Tema:-

  • Semangat patriotik seorang pesara polis berpangkat sarjan yang mahu berkongsi pengalaman perjuangan demi bangsa dan negara.

Persoalan:-

  • Kasih sayang antara ahli keluarga yang terpisah kerana perceraian ibu bapa.
  • Perjuangan dan pengorbanan yang tidak dihargai.
  • Kesepian hidup seorang tua tanpa dikelilingi ahli keluarga.
  • Keinginan seorang tua berkongsi pengalaman dan perjuangannya untuk bangsa dan negara.

Watak & Perwatakan:-

Pak Itam

  • Seorang bekas polis berpangkat sarjan.
  • Berumur 85 tahun.
  • Seorang berdidiplin dan berpendirian tegas.
  • Suka membaca, berparut di pipi kiri kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam pertempuran di Gua Musang.
  • Berkeinginan untuk berkongsi pengalaman tentang perjuangannya tetapi tidak kesampaian kerana pemberita tidak datang.
  • Isterinya meminta cerai ketika di dalam penjara Inggeris.
  • Hidup sepi dan sering terkenang akan Siti Nurhidayah dan 2 orang anaknya.
  • Meninggal dunia ketika solat zuhur semasa hari mengenang jasanya.

Tuk Mat

  • Sahabat Pak Itam.
  • Pesara polis.
  • Tua tetapi masih kuat.
  • Membantu Pak Itam menyediakan bahan pameran.
  • Ayah kepada Rokiah.

Rokiah

  • Anak Tuk Mat.
  • Adik kepada Halimah.
  • Mengambil terhadap Pak Itam.

Zubir

  • Penggiat seni dari Universiti Malaya.
  • Menyanyi lagu puisi semasa hari pameran memperingati perjuangan Pak Itam.

Siti Nurhidayah

  • Bekas isteri Pak Itam.
  • Ibu kepada Izwan dan Nuryani Iman.
  • Meminta cerai daripada Pak Itam ketika Pak Itam dipenjarakan Inggeris di Singapura.
  • Menziarahi jenazah Pak Itam.