Category: DIARI CIKGU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam bertemu di medan diskusi maya atas dasar perkongsian maklumat dan ilmu terutamanya ilmu bahasa semoga sedikit sebanyak dapat menyumbangkan input berguna kepada semua khususnya pengunjung-pengunjung setia blog cikgu ini. Cikgu amat berharap agar kita terus-menerus berkongsi ilmu dan kepakaran demi kebaikan semua pihak.

Satu lagi perkhabaran yang ingin dimaklumkan di sini, setelah dua tahun mengelolakan blog ini, cikgu mendapati sambutannya amatlah hebat dan hari demi hari jumlah pengunjung blog ini semakin meningkat mencecah ribuan setiap hari. Sebagai menghargai sambutan pengunjung sekalian, dan juga ingin memberikan kelainan dan pilihan kepada semua, cikgu dengan rasa rendah diri memperkenalkan blog baharu bahasa Melayu cikgu iaitu ‘SISI BAHASAKU’ di alamat http://www.mohamadazemi2013.blogspot.com. Kunjungilah blog baharu ini di samping blog ini semoga kebaikan yang diperoleh akan bertambah-tambah…

BLOG SISI BAHASAKU

www.mohamadazemi2013.blogspot.com

Advertisement

PMR 2012 sudah berlabuh. Kini tiba masanya untuk calon-calon PMR merehatkan minda setelah sekian lama memerah otak, bersengkang mata mengulang kaji pelajaran.

Ok…. sambil-sambil memilih chanel tv tu, bagaimana jika kita berbincang sedikit sebanyak tentang jawapan BM2,  soalan bahagian A(i), meringkaskan karangan.

Pada pandangan cikgu, soalan ringkasan pada tahun ini sangat mudah kerana petikannya mengutarakan topik yang sangat ‘biasa’ dengan pelajar-pelajar iaitu kepentingan kokurikulum. Rasa-rasa cikgu, semua pelajar arif tentang kokurikulum. Di samping petikan yang tidak ‘berbelit-belit’, isi-isi iaitu kepentingan kokurikulum senang dikesan. Terdapat 8 ini yang diutarakan dalam petikan tersebut, antaranya:-

  1. Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
  2. Menjadi salah satu syarat kemasukan murid ke Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Masa lapang murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat.
  4. Melatih mereka untuk mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan.
  5. Membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  6. Menyemai bakat kepimpinan/kepemimpinan dalam kalangan murid.
  7. Potensi murid dalam bidang ini dapat dicungkil.
  8. Mewujudkan perpaduan kaum.

Calon-calon hanya perlu memilih 5 isi sahaja ketika menulis ringkasan. Cuma yang dibimbangkan ialah kecenderungan calon yang suka mengubah isi di atas dengan cara menggantikannya dengan perkataan lain atau meninggalkan sebahagian daripadanya.

Contohnya, bagi isi yang pertama iaitu:-

  1. Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. > 2 markah.

Kemungkinan ada calon mengubah isi di atas menjadi:-

  • Melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek. – SALAH > 0
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental dan fizikal. SALAH > 0
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. SALAH > 0

RINGKASNYA:-

  1. Calon janganlah mengubah isi yang terdapat dalam petikan.
  2. Calon perlu menyalin isi secara keseluruhan.
  3. Calon dinasihatkan jangan cuba-cuba menggantikan perkataan dalam ayat isi dengan perkataan-perkataan lain walaupun perkataan itu ‘sama’ maksud.

PENULIS DI IBU KOTA…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca dan peminat bahasa Melayu sekalian, bermula hari ini 29 Oktober 2012 sehingga 2 November 2012, penulis berada di ibu negara kerana menghadiri mesyuarat penting berkaitan urusan kerja. Dalam tempoh ini, mungkin penulis akan menghadapi sedikit kekangan masa, dan jika terlambat untuk mengemaskinikan blog ini, harap-harap pembaca sekalian boleh memaafkannya.

‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Harap maklum.

Soalan BM(1) mengundang masalah lagi. Banyak juga timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa, guru mahupun pelajar yang merupakan calon PMR 2012. Kesilapan seperti ejaan memberikan gambaran bahawa pihak LPM cuai dalam penyediaan dan penggubalan sesuatu item soalan. Diharapkan pihal LPM lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Contoh kesilapan ejaan yang terdapat dalam soalan BM(1) ialah penggunaan ejaan bagi kata terperdaya yang dieja sebagai terpedaya dalam soalan…? Kesilapan mudah seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Kata terperdaya jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 321, berasal daripada kata dasar ‘daya’ yang bermaksud kekuatan, tenaga, keupayaan dan kemampuan. Maksud ke-2 kata daya ialah akal, ikhtiar, jalan (untuk sesuatu). Kata ‘daya’ juga membawa maksud muslihat, tipu.

Cikgu akan senaraikan kata ‘daya’ yang berlainan bentuk seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, iaitu:-

  • daya 1 – kekuatan, tenaga, kemampuan > daya pengeluaran
  • daya 2 – akal, ikhtiar, jalan > seribu daya
  • daya 3 – muslihat, tipu > tipu daya, memperdaya
  • memperdayai – menipu
  • mendayai – menipu, mempengaruhi
  • terdaya – termampu
  • terperdaya – terkena tipu daya
  • kedayaan – kebolehan membuat sesuatu

Selepas dibuat semakan, tidak wujud sama sekali perkataan ‘terpedaya’ dalam helaian muka surat kamus rujukan tersebut. Perkataan yang ada ialah ‘terperdaya’ iaitu kata dasar ‘daya’ digunakan bersama dengan imbuhan awalan ‘ter-‘ dan juga ‘per-‘ (ter + per + daya > terperdaya).

Ringkaskan cerita, ejaan perkataan ‘terpedaya’ yang terdapat dalam soalan BM(1) 2012 itu SALAH dan sepatutnya ditulis ‘terperdaya’.

JAWABAN BI (1) PMR 2012…?

JAWABAN SOALAN ANEKA PILIHAN BI 1:-

  1. D
  2. A
  3. D
  4. C
  5. A
  6. C
  7. B
  8. C
  9. A
  10. B
  11. C
  12. B
  13. C
  14. A
  15. D
  16. B
  17. D
  18. A
  19. A
  20. B
  21. B
  22. A
  23. C
  24. B
  25. D
  26. A
  27. B
  28. D
  29. A
  30. B
  31. D
  32. C
  33. A
  34. D
  35. D
  36. C
  37. A
  38. B
  39. C
  40. D

Terima kasih Teacher Nik Fauziah.

PANAS !! PANAS !!!!

Berdasarkan pemerhatian cikgu soalan BM1 PMR pada tahun ini agak mudah dan semestinya dapat dijawab dengan tepat oleh calon-calon. Bersama-sama ini cikgu sertakan jawapan ‘SEGERA’ BM Kertas 1 sebagai perbandingan.

  1. A
  2. C
  3. A
  4. D
  5. A
  6. C
  7. D
  8. B
  9. A
  10. A
  11. B
  12. C
  13. B
  14. C
  15. A
  16. D
  17. A
  18. B
  19. C
  20. B
  21. A
  22. D
  23. C
  24. B
  25. C
  26. B
  27. B
  28. A
  29. D
  30. B

Soalan 31 – 40 belum sempat cikgu semak….

UNDANGAN CERAMAH BERTERUSAN…?

Esok petang (Isnin: 24/9/2012) cikgu ada undangan ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR di SMS Pasir Puteh, jam 3.00 hingga 5.00 petang. Pada minggu-minggu terakhir persiapan PMR ini, bukan bakal calon PMR sahaja yang sibuk dan kelam-kabut….. cikgu dan ibu bapa pelajar pun tumpang sekaki. Cikgu berharap bengkel yang dirancang itu berjalan lancar.

Pada 17/9/2012, juga petang Isnin cikgu bersama-sama pelajar SMA Maahad Istiqamah, Badang kerana program yang sama. Bengkel teknik menjawab di sekolah tersebut melibatkan sejumlah 120 orang pelajar berjalan lancar walaupun pada penghujungnya terdapat sedikit gangguan hujan lebat dan angin ribut.

Terima kasih.

ANALISIS SOALAN NOVEL 2005 – 2011

TAHUN

ASPEK YANG DITANYA

2005

Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat

2006

Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan

2007

Contoh daripada pengajaran sikap saling membantu

2008

Latar tempat

2009

Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi

2010

Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi

2011

Contoh peristiwa perwatakan watak utama

2012

??????????

Walaupun puasa, undangan ceramah cikgu tak pernah puasa. Pada hujung minggu ini cikgu diundang sebanyak dua kali untuk memberikan ceramah Bahasa Melayu PMR kepada pelajar-pelajar SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cikgu ingin mengambil kesempatan di laman blog cikgu ini untuk mengucapkan selamat hari ibu buat kaum hawa sekalian. Terima kasih kerana melahirkan zuriat demi memakmurkan bumi ini. Semoga jasa dan pengorbanan ibu-ibu sekalian dibalas syurga oleh Allah Yang Maha Besar.

Oh, ya! Di samping kita menyambut hari ibu pada hari ini, satu lagi peristiwa  yang mesti diingati semua. Hari ini iaitu tanggal 13 Mei 1969, telah berlakunya rusuhan kaum yang telah mencoretkan peristiwa hitam dalam lipatan sejarah negara kita.

Selamat Hari Ibu dan jadikan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 sebagai peringatan kita dalam menjalani kehidupan.