Category: DIARI CIKGU


Bahasa kita di Vietnam…?

BAHASA MELAYU DAN RM….

Telah hampir seminggu cikgu tidak mengemaskinikan blog kesayangan cikgu ini, bukan malas, tetapi cikgu berada di luar negara kerana mengikuti program SBT sekolah. Cikgu ke Vietnam bermula 11 – 14 April 2012 dengan seramai 32 0rang pemain hoki lelaki dan perempuan.  Selama 4 hari, 3 malam di kota Ho Chi Minh City, mengikuti pelbagai program yang diaturkan, teringin cikgu khabarkan betapa seronok dan bangganya cikgu apabila mendapati ramai penduduk kota ini yang boleh bertutur menggunakan bahasa Melayu. Walaupun penguasaannya agak terhad, namun jika ke pusat-pusat jualan barangan seperti pakaian dan barangan kraf, tawar-menawarnya biasanya menggunakan bahasa kita. Ringgit Malaysia pun mereka terima.

Bangganya cikgu apabila mendapati bahasa kita meluas penggunaannya. Tapi bagaimana pula dengan keadaan orang kita yang lebih bangga untuk bercakap ‘orang putih’ di tanah air sendiri?

……Fikir-fikirkan….

Sabarlah Cikgu…?

Rancangan Pengajaran Komsas 1

Sila klik di “Rancangan Pengajaran Komsas 1” untuk mendapatkan bahan taklimat saya di Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan pada 26 dan 27 Februari 2012.

Taklimat Komsas F3…?

Cikgu Azemi (berdiri di kanan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama benar cikgu tidak berbual bicara dengan para pembaca sekalian. Mungkin dek kerana kekangan masa dan tugasan yang terpaksa didahulukan, menyebabkan kita terasa semakin jauh…!

Walau apapun, cikgu berharap semua pembaca terus tekun mengikuti perkembangan blog cikgu ini dan berharap kita sama-sama berkongsi maklumat kerana Allah SWT.

Oh, ya ! Pada petang esok dan lusa, iaitu 26 dan 27 Februari 2012, Cikgu diberikan tanggungjawab oleh JPN Kelantan untuk memberikan taklimat pelaksanaan pengajaran komsas tingkatan 3 di BTP kepada guru-guru Bahasa Melayu F3 seluruh negeri Kelantan bermula jam 1.30 petang.

Doakan cikgu agar semuanya berjalan lancar, Amin.

Jawapan BM 1 2011…?

Pada hari ini baru cikgu berkesempatan untuk melihat kertas soalan BM I yang telah diduduki oleh calon PMR 2011 pada 4 Oktober yang lalu. Pada 4 – 7 Oktober 2011, cikgu terpaksa menghadiri kursus Jurulatih Utama Komsas Baru Tg. 3 di Hotel Mega View, Kuantan, Pahang. Rasa-rasa cikgu soalan BM I pada tahun ini agak sukar dan mencabar. Walaupun begitu, cikgu harapkan semua calon dapat menjawabnya dengan baik. Insya-Allah.

Di bawah ini cikgu sertakan jawapan cadangan yang tahap keesahannya mungkin 99.999 % sahaja!!!!!!

  1. A
  2. C
  3. A
  4. C
  5. A
  6. C
  7. B
  8. B
  9. D
  10. D
  11. B
  12. D
  13. B
  14. B
  15. D
  16. A
  17. D
  18. D
  19. B
  20. C
  21. D
  22. B
  23. A
  24. A
  25. C
  26. C
  27. D
  28. A
  29. B
  30. B
  31. B
  32. A
  33. D
  34. C
  35. D
  36. B
  37. A
  38. C
  39. C
  40. C

Alahai, banyaknya cikgu menerima panggilan daripada pelajar calon PMR yang inginkan soalan ramalan bagi soalan esei (B) dan soalan esei (C). Sekejap-sekejap, telefon berbunyi. Tiada yang lain, melainkan rayuan dan permintaan para pelajar yang mahukan soalan ramalan daripada cikgu..!! SEBENARNYA, cikgu pun tidak berani membuat ramalan. Lagi pun, cikgu bukannya Nujum Pak Belalang..?

Apa yang boleh cikgu beritahu, tajuk-tajuk/soalan-soalan esei peringkat PMR adalah mudah dan skopnya hanyalah yang berlaku di persekitaran pelajar itu sendiri. Contohnya tentang kehidupan pelajar di rumah, di sekolah dan mungkin juga aktiviti-aktiviti yang biasa disertai oleh pelajar. Misalnya:-

  • Kebersihan diri dan sekolah
  • Kepentingan kokurikulum/sukan
  • Perpustakaan sekolah
  • Hobi – minat membaca
  • Gejala yang berkaitan dengan pelajar – ponteng, merokok, tidak menghormati orang tua.
  • Tuisyen
  • Permainan tradisional
  • Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar
  • Kehidupan di asrama
  • Makanan seimbang
  • Bagaimana memupuk semangat cinta akan negara
  • Kepentingan komputer
  • Teknik belajar yang berkesan

JANGAN RISAU, …. pasti anda mampu menjawabnya dengan baik.

Penulis baru mendapat surat daripada Jabatan Pelajaran Kelantan yang bertajuk “KURSUS PENDEDAHAN TEKS BAHARU KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA (KOMSAS) TINGKATAN 3 BAGI JURULATIH UTAMA NEGERI ZON TIMUR SEMENANJUNG SIRI 1/2011.”

Penulis akan berkursus pada 4 – 7 Oktober 2011, bertempat di Hotel Mega View, Lot 567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.

Pada penulis, apa-apa kursus pun tiada masalah. Cuma pada kali ini penulis agak berat sedikit kerana 4 Oktober 2011 itu merupakan hari pertama peperiksaan PMR dan kebetulan pula, subjek Bahasa Melayu akan diduduki oleh pelajar penulis.

Sepanjang tahun penulis bersama-sama pelajar PMR membuat persiapan rapi…. alih-alih, pada hari yang ditunggu-tunggu, kita pula yang diarah berkursus…!!!

Nasib badan.

Hujung Minggu Yang Sibuk…?

Bermula 8 September hinggalah 10 Disember 2011, Cikgu menghadapi jadual kerja yang sangat padat dan amat meletihkan. Biasanya, cikgu sempat meng’update’kan blog ini sekurang-kurangnya sekali sehari, tapi hujung minggu kali ini…. TAK SEMPAT…!!!!!
Untuk makluman sekalian, pada hujung minggu ini cikgu terpaksa melayani beberapa undangan ceramah PMR yang datangnya berturut-turut, dan tempat-tempatnya pula agak jauh dan pastinya memenatkan.
  •  8 September 2011  – Ceramah anjuran Kesedar di Sweet Beach Resort, Tok Bali (2.30 – 4.30)
  • 9 September 2011  – Ceramah anjuran Kesedar di D’ Aura Training Centre, Kandis (8.00 – 10.00)
  • 9 September 2011  – Ceramah anjuran Kesedar di PCB Resort, Kota Bharu (2.30 – 4.30)
  • 10 September 2011 – Ceramah di Sekolah Sultan Ibrahim 1, P. Mas (9.00 – 11.00)

Dan pada 13 September 2011 ini nanti, dua lagi program ceramah yang menanti, iaitu di SMK Salor dan sekolah Faris sendiri yang akan diadakan di D’ Aura Training Centre. Masing-masing 2.30 – 4.30 petang dan 9.00 – 11.00 malam.

Harap maklum…….

Minggu yang padat…?

Mungkin kerana mengejar sebelum Ramadan, maka cikgu dihujani dengan undangan ceramah yang bertalu-talu. Sukar untuk cikgu mengelak atau melarikan diri … macam main paksa sahaja…! Semua yang mengundang telah menyediakan jadual dan program tersendiri sehingga menyukarkan cikgu untuk merancang dan membahagikan masa. Tapi, alhamdulillah, walaupun agak penat dan lelah bukan sedikit, semuanya … insya-Allah akan berlangsung sebaiknya.

Pada minggu dan minggu hadapan cikgu telah terikat dengan beberapa program ceramah, misalnya:-

  1. 14/7/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh di Min House Camp, Kubang Kerian.
  2. 15/7/2011 > Sekolah Maahad Amir Indra Petra, Beris Kubor Besar, Bachok.
  3. 16/7/2011 > SMS Tengku Muhd Faris Petra (Program ‘A’ di Hati)
  4. 17/7/2011 > Tutorial Kelas 3G
  5. 19/7/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kompleks Sekolah, Kota Bharu.
  6. 22/7/2011 > Sekolah Maahad Tarbiah Marziah, Panchor, Pengkalan Chepa.
  7. 23/7/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, Machang.
  8. 24/7/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Tg. Chat di Kompleks Sukan Panji.
  9. 26/7/2011 > Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Program SIP, SBP Kelantan.
  10. 27/7/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, di Sweet Beach Resort, Tok Bali.
  11. 29/7/2011 > Sekolah Maahad Tarbiah Marziah, Panchor (Kump. 2)

Macam mana? … Cikgu cuba yang terbaik…!!

Ceramah sana-sini…?

JULAI YANG SIBUK….

8.30 – 10.30 pagi Jumaat 8/7/2011, cikgu bersama-sama pelajar Sekolah Maahad Amir Indra Petra, Beris Kubor Besar, Bachok dalam program ceramah Bahasa Melayu PMR. Hampir 100 orang pelajar yang terlibat dalam sesi 1 ini. Dijangkakan hampir 100 orang akan terlibat dalam ceramah sesi ke-2 yang akan berlangsung pada 15/7/2011.

Julai ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi cikgu. Ada beberapa siri undangan ceramah yang perlu cikgu tunaikan, antaranya:-

  • 08/07/2011 > Sekolah Maahad Amir Indra Petra, Beris Kubor Besar, Bachok.
  • 15/07/2011 > Sekolah Maahad Amir Indra Petra, Beris Kubor Besar, Bachok.
  • 19/07/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu.
  • 23/07/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, Machang.
  • 24/07/2011 > Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat, Kota Bharu. (Kompleks Sukan Panji)
  • ???????? > Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh. ( Sweet Beach Resort, Tok Bali )
  • ???????? > Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu.

Dua ceramah yang belum disahkan masanya kerana masalah pertindihan jadual dan perundingan sedang dibuat.