Category: SUDUT KAUNSELOR


RILEKS SEKEJAP…?

BUKU

Suami: Kenapa ‘Sayang’ menangis?

Isteri: Saya baru je habis baca sebuah buku. Sad endinglah Bang…

Suami: Buku apa?

Isteri: Buku bank abanglah….

HARIMAU

Orang Asli: Selamat pagi tuan.

Polis: Selamat pagi, apa hal ni?

Orang Asli: Saya nak buat report tuan.

Polis: Pasal apa pula?

Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.

Polis: Pukul berapa?

Orang Asli: Dia tak pukul tapi terkam.

Polis: Habis?

Orang Asli: Tak habis tuan, tinggal kepala…

Mingguan Malaysia 23/12/2012

Advertisements

PENDAHULUAN ESEI YANG PELIK…?

Pengalaman cikgu sebagai guru yang menanda kertas esei pelajar ini memang banyak. Tidak cukup laman blog jika mahu dikhabarkan kesemuanya. Daripada kaedah penulisan, pemilihan kosa kata yang entah dari mana, penggunaan penanda wacana yang pelik… sehingga kepada teknik penulisan permulaan ayat esei …. hairan bin ajaib; daripada mana sumber yang diperoleh pelajar? Kesempatan kali ini cikgu akan berkongsi dengan pembaca tentang teknik penulisan permulaan esei (mungkin yang diperturunkan oleh cikgu) yang pada pandangan cikgu amat tidak sesuai dan jika diamati betul-betul, buruk pula jadinya. Cuba lihat contoh penulisan pelajar untuk permulaan esei mereka>-

  • Dalam arus permodenan ini, …….. meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di segenap empat penjuru Malaysia….
  • Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia…

…. Cukup sekadar dua contoh, cuba baca beberapa kali contoh gaya penulisan permulaan ayat perenggan pendahuluan di atas. Bagaimana? Hebat? Sedap? atau sesuaikah apabila digunakan pada pelbagai perenggan permulaan tanpa mengira bentuk tajuk atau soalan esei yang ingin ditulis.

Pada pandangan cikgu, kita tidak perlu menulis ayat-ayat pendahuluan sebegitu sehingga menjadikan setiap hasil penulisan kita kaku, luar biasa dan tidak selaras dengan idea-idea yang akan diketengahkan.

 
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
 
Usman Awang
1979 
 

SEMENJAK Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di wujudkan, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan sendiri penyelidikan dan eksperimen saintifik dijalankan di stesen tersebut.

Terbaru, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) diberi peluang oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) untuk menawarkan program khas kepada orang ramai yang berminat mencadangkan pelbagai jenis eksperimen untuk dilaksanakan di ISS.

Dinamakan sebagai program Try Zero G 2 ia merupakan sebuah program pendidikan di ISS yang dilaksanakan oleh JAXA bertujuan menunjukkan perbezaan antara fenomena sains antara sifar graviti (0G) dan graviti (1G) di bumi.

Menurut Pegawai Sains Angkasa, Jong Tze Kian, program tersebut telah mula diadakan sejak tahun lepas. Namun agak kurang sambutan berikutan tempoh yang diberikan oleh JAXA untuk memilih serta menghantar cadangan eksperimen tersebut agak terhad.

“Tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan. Justeru kami mengharapkan lebih banyak idea berkenaan eksperimen dapat ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sekali gus berjaya dipilih untuk dilaksanakan di sana (ISS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, program tersebut bermula dari idea yang dikemukakan oleh peserta kepada pihak Angkasa yang kemudiannya akan ditapis dan yang terbaik akan dipilih.

“Kita akan pilih antara lima hingga lapan idea terbaik daripada seluruh idea yang diterima. Idea tersebut akan dihantar ke JAXA sebelum ia dilaksanakan di ISS,” ujarnya.

Tambah beliau, tahun lepas sebanyak dua idea eksperimen telah diterima oleh JAXA untuk dilaksanakan di ISS.

“Ia merupakan satu kebanggaan buat kita kerana bukan mudah untuk menentukan eksperimen yang boleh dilakukan di ISS.

Sumber: Utusan Malaysia Online, Arkib 13/2/2012

Alahai, banyaknya cikgu menerima panggilan daripada pelajar calon PMR yang inginkan soalan ramalan bagi soalan esei (B) dan soalan esei (C). Sekejap-sekejap, telefon berbunyi. Tiada yang lain, melainkan rayuan dan permintaan para pelajar yang mahukan soalan ramalan daripada cikgu..!! SEBENARNYA, cikgu pun tidak berani membuat ramalan. Lagi pun, cikgu bukannya Nujum Pak Belalang..?

Apa yang boleh cikgu beritahu, tajuk-tajuk/soalan-soalan esei peringkat PMR adalah mudah dan skopnya hanyalah yang berlaku di persekitaran pelajar itu sendiri. Contohnya tentang kehidupan pelajar di rumah, di sekolah dan mungkin juga aktiviti-aktiviti yang biasa disertai oleh pelajar. Misalnya:-

  • Kebersihan diri dan sekolah
  • Kepentingan kokurikulum/sukan
  • Perpustakaan sekolah
  • Hobi – minat membaca
  • Gejala yang berkaitan dengan pelajar – ponteng, merokok, tidak menghormati orang tua.
  • Tuisyen
  • Permainan tradisional
  • Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar
  • Kehidupan di asrama
  • Makanan seimbang
  • Bagaimana memupuk semangat cinta akan negara
  • Kepentingan komputer
  • Teknik belajar yang berkesan

JANGAN RISAU, …. pasti anda mampu menjawabnya dengan baik.

Kenapa setengah…?

Sayangilah diri dan nyawa anda. Ingatlah …. malang tidak berbau.

Beringat sebelum kena...

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung blog cikgu, terima kasih kerana memberikan sambutan yang baik terhadap blog cikgu ini. Semoga senantiasa mendapat limpah kurnia-Nya.

Satu pesanan ringkas daripada cikgu, iaitu kepada sesiapa yang ingin mengemukakan pertanyaan, panduan dan apa-apa bentuk pertolongan, diharapkan dapat memperkenalkan diri, sekolah dan apa-apa yang dirasakan perlu. Seboleh-bolehnya, gunakanlah bahasa yang betul dan tepat semasa berhubung kerana di samping berkongsi maklumat tentang bahasa, kita juga dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.

Alah bisa tegal biasa.

Cikgu Azemi Å

Senda gurau 7…?

Bahasa sendiri dipinggirkan…?

Senda gurau 6…?

Dua kali lima…?