Category: SUDUT ROHANI


Kira-kira 3 juta orang rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan dijangka akan meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok. 

Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, jumlah perokok di negara ini diramalkan meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih 4 juta menjelang 2020.

Peningkatan tersebut menyebabkan lebih 10,000 kes kematian dalam kalangan perokok direkodkan setiap tahun.

Statistik menunjukkan lebih 90% daripada mereka yang ketagih rokok akan kekal menjadi perokok sepanjang hayat.

Mengenai Infoline Berhenti Merokok pula, sehingga September 2011, hanya 373 orang pemanggil sahaja yang menggunakan talian itu.

Sumber: Info Esti, 18 Ogos 2012

Advertisements

Resepi Penebus Dosa…?

  • Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas akan Allah;
  • Campurkan dengan taubat. Lalu masukkan wadah reda atas semua ketentuan dan takdir Allah;
  • Campurkan juga rasa qana’ah iaitu rasa puas dengan apa Allah berikan kepada kita;
  • Jadikan taubat sebagai campurannya;
  • Masukkan ke dalam kuali takwa. Tuangkan ke dalamnya air rasa malu. Lalu didihkan dengan api cinta;
  • Kemudian masukkan ke dalam adunan rasa syukur;
  • Serta toskan dengan kipas harapan;
  • Lalu akhirnya 
  •  minumlah dengan senduk pujian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cikgu ingin mengambil kesempatan di laman blog cikgu ini untuk mengucapkan selamat hari ibu buat kaum hawa sekalian. Terima kasih kerana melahirkan zuriat demi memakmurkan bumi ini. Semoga jasa dan pengorbanan ibu-ibu sekalian dibalas syurga oleh Allah Yang Maha Besar.

Oh, ya! Di samping kita menyambut hari ibu pada hari ini, satu lagi peristiwa  yang mesti diingati semua. Hari ini iaitu tanggal 13 Mei 1969, telah berlakunya rusuhan kaum yang telah mencoretkan peristiwa hitam dalam lipatan sejarah negara kita.

Selamat Hari Ibu dan jadikan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 sebagai peringatan kita dalam menjalani kehidupan.

Aku Cinta Kamu…?

Lau Kana Bainana

 
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
 
Usman Awang
1979 
 

TAZKIRAH 1…?

SETIAP hari kita memohon doa ke hadrat Allah SWT sama ada pada waktu malam ataupun siang. Namun doa yang kita baca, lafaz yang dipohon kepada-Nya itu adakah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan?

Soalan ini perlu kita tanya pada diri sendiri dan perlu dijawab dengan penuh jujur dan keikhlasan. Ini kerana kita mesti meyakinkan Allah dengan keyakinan yang sekuat-kuatnya tanpa batasan.

Keyakinan dengan penuh tulus dan keikhlasan tanpa kepentingan-kepentingan tertentu. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini di atas segala kekuasaan Allah SWT, Yang Maha Menguasai dan Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (al-Ahzab: 22)

Oleh DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL

Sumber: Utusan Malaysia Online

Guru Oh Guru…?

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sasterawan Negara,

Dato’ Usman Awang

 

LUAHAN IKHLAS ANAK MURIDMU…?

LUAHAN HATI ANAK MURIDMU

Jangan pekikkan ke telingaku lagi!
Kata-kata nista itu
Ia buat hatiku terusik
Ia membuat jasadku menjadi lemah
Aku tahu kejahilanku
Akalku lemah untuk menerima
Walau telah sedaya upaya aku mencuba
Namun kecundang di penghujungnya
Lalu
Masih bersalahkah aku
Masih layakkah aku dicemuh sebegitu
Di hadapan rakan-rakanku
Tolong cikgu!
Kata-kata itu tidak layak untuk aku
Untuk aku yang serba kekurangan ini
Untuk aku yang bergelar anak muridmu
Aku juga ingin sepintar mereka
Yang pantas mengira apabila diminta
Yang hebat dalam membina ayat
Yang kuat ingatan dalam menghafal
Aku tidak setanding mereka semua
Tapi cikgu
Aku kenal huruf A
Aku kenal alif, ba dan ta
Aku boleh membaca dua suku kata
Aku anak muridmu cikgu
Yang mungkin terpinggir dalam perjalanan
Yang tersadung kaki semasa berlari
Yang tergelincir ketika cuba mendaki
Aku masih berpeluang untuk bangun
Berlari seperti mereka
Mendaki seperti mereka
Dan suatu masa
Aku ingin menjadi insan berguna
Nukilan: Sahibul Anuar Asrani, Debak, Sarawak.
  1. Taat akan guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  4. Memberikan salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
  5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  6. Lakukan apa yang paling disukai oleh guru.
  7. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
  8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.
  9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal dunia.
  10. Mengambil berat terhadap mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

 

Isu tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas kapal bantuan Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang menyertai Flotila Pembebasan telah menimbulkan kemarahan dunia. Tindakan ganas yang tidak bertamadun Israel itu menyebabkan 9 orang aktivis terbunuh dan kebanyakannya rakyat Turki.

Insiden itu secara jelas menunjukkan kepada dunia betapa kerajaan Israel merupakan sebuah negara pengganas yang angkuh dan samseng.

Penulis pada kesempatan ini mengajak semua pembaca agar menadahkan tangan memohon doa kepada Allah agar saudara kita di Pelestin akan diberikan pertolongan oleh-Nya.

Amin…