Category: SUDUT ROHANI


Fakta atau Auta…?

Sebagai sebuah negara Islam amatlah malang apabila kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Marsitah Ibrahim berbunyi begini” bahawa tiada lagi majlis anjuran kerajaan akan diadakan di hotel yang tidak ada sijil halal daripada Jakim”.

Hal ini demikian kerana apabila disemak di laman web e-halal Jakim, sehingga 24 Mei 2010, HANYA 62 BUAH DAPUR HOTEL DI SELURUH NEGARA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL JAKIM. JUMLAH HOTEL DI SELURUH NEGARA KINI MELEBIHI 2000 BUAH. ( HANYA 3.1% SAHAJA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL) ….

JADI MACAM MANA? …. TERLEPASKAH UMAT ISLAM DARIPADA MENJAMAH DAN MEMAKAN BENDA YANG HARAM?

SIAPAKAH YANG MESTI BERTANGGUNGJAWAB?????????

Sumber: ‘Ajar’ hotel tiada sijil halal, Mohd Radzi Mohd Zin, Utusan Malaysia, 25 Mei.

“Tuhanku! Aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka-Mu. Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.”


Doa menuntut ilmu…?

Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar  sekalian….
Kali ini cikgu  lampirkan beberapa doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama-sama. Semoga ilmu yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan.
1. Surah al-Fatihah:- Doa pembuka segala urusan (nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)
2. Surah aL ‘Alak  (Ayat 1 – 5) – Anak kunci segala ilmu
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)


3. Surah Asy-Syarh – Untuk melapangkan dan melegakan hati
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat daripada Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hamba-Mu dan pesuruh-Mu yang ummi dan  atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”


(Nasihat daripada Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

Ingat-mengingati…?

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”

(Surah Al-Maaidah:2)

Maulidur Rasul disambut pada setiap 12 Rabiulawal menurut kalendar Hijrah bagi memperingati hari keputeraan dan sumbangan besar Nabi Muhammad SAW.

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 bertemakan ‘Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah’.

Penulis ingin berkongsi dengan para pembaca semua tentang tinggalan-tinggalan ‘Junjungan Besar’ untuk renungan kita bersama.

Bekas tapak kaki Rasulullah SAW...?

Sepatu Rasulullah SAW...?

Cop Mohor Surat Rasulullah SAW...?

Mangkuk minuman Rasulullah SAW...?

Pedang Rasulullah SAW...?

Pakaian yang pernah dipakai Rasulullah SAW...?

Busur panah Rasulullah SAW...?

Topi besi Rasulullah SAW...?

Kubur Rasulullah SAW...

Telah beberapa kali umat Islam di Malaysia digemparkan dengan isu-isu produk makanan yang tidak halal dijual kepada orang Islam. Maka akan lahirlah jaguh-jaguh pejuang yang kononnya mahu menentang itu dan ini.

Anggota masyarakat pun menjadi cemas dan kecewa serta mula menuding jari kepada  pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.

Maka timbulkan pula pelbagai teori dan kaedah untuk mengatasi masalah ini, tidak kurang juga pihak berkuasa membuat pemeriksaan mengejut….

Semua ini berlaku hanya sementara sahaja. Selepas dua tiga hari selepas ribut berakhir, umat Islam balik seperti sediakala.

Keprihatinan umat Islam tentang halal tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Kini di pasaran pelbagai makanan yang tidak berlogo halal dibeli tanpa rasa ragu oleh umat Islam. Yang berlogo pula, entah yang asli ataupun yang palsu, hentam saja!

Logo Halal Malaysia yang sah

Logo halal palsu

Logo halal yang palsu

Logo halal palsu

Logo halal sah

Sila perhatikan perbezaan antara logo halal yang sah dengan yang palsu. Logo halal yang sah hanya mengandungi perkataan MALAYSIA di bahagian atas logo dan di bahagian bawahnya pula perkataan Malaysia ditulis dengan tulisan Arab.

1. Takwa

  • Merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah setiap detik kehidupan. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi meresapi di dalam jiwa Muslim.

2. Beriman dan beramal soleh

  • Iman ialah proses kepatuhan yang berkait rapat dengan hati, budi, jiwa dan rohani seseorang Muslim. Prestasi iman seseorang dapat ditingkatkan dengan perbuatan amal soleh, Iman dan amalan soleh ini menjadi prasyarat utama bagi orang Muslim mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Beribadat kepada Allah

  • Ibadat dalam Islam merangkumi seluruh kehidupan umat Islam. Ibadat merupakan matlamat dan hikmah di sebalik penciptaan manusia. Firman Tuhan bermaksud “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

4. Beristiqamah dalam hidup

  • Istiqamah bermaksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian yang asal, tidak berganjak mahupun berundur. Muslim sejati sentiasa beristiqamah dalam usaha menjadikan diri sebagai hamba Allah yang terbaik.

5. Memanfaatkan masa

  • Seseorang Muslim mestilah memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Muslim sejati tidak akan mengabaikan dunia atau melupakan hari perhitungan.

Ubah suai daripada buku Membina Peribadi Muslim oleh Engku Ahmad Zaki.


Dunia semakin canggih dan kecanggihan yang ada bukan hanya terletak pada perkembangan teknologi dan kecanggihan penciptaan alat-alat moden sahaja tetapi perangai dan kelakuan manusia itu sendiri. Sekiranya kecanggihan yang dihasilkan itu sesuatu yang bermanfaat menurut syarak, bolehlah dibanggakan tetapi sekiranya boleh merobek budaya bangsa dan nilai ketimuran serta pegangan agama, maka hal ini sesuatu yang amat memilukan.

Hari ini, fenomena wanita Melayu Islam yang bertudung kepala berpelukan bersama-sama teman lelakinya di taman bunga, pusat rekreasi atau di atas motor yang dipecut laju, atau di tempat hiburan seperti di konsert yang melalaikan adalah sesuatu yang amat biasa.

Sesetengah lelaki Islam kelihatan begitu bangga apabila telinganya dihiasi anting-anting yang berjuntaian, atau leher yang dililiti rantai besi, tali ataupun emas; kononnya mengikut peredaran zaman. Itulah antara fenomena ‘canggih’ yang wujud dalam masyarakat moden hari ini.

Renungan:

Menurut Saidina Ali Abu Talib R.A : “Rasulullah SAW mengambil sutera, lalu meletakkan di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda: Kedua-dua ini haram buat orang lelaki dari umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Lelaki yang memakai gelang tangan dan rantai leher termasuk dalam golongan yang meniru kaum wanita walaupun perhiasan tersebut bukan daripada emas adalah jelas HARAM.

Ubah suai daripada tulisan Mohd Sukki Othman, Milenia Muslim: Disember 2009.

Penulis juga terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi tentang isu terhangat yang diciptakan oleh penulis blog yang bergelar Aduka Taruna ini. Sebagai seorang Islam, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang menjadikan blog sebagai penghubung maya agar sentiasa menjadikan medan blog ini sebagai satu medium untuk berkongsi maklumat yang benar, ilmu yang bermanfaat dan nasihat yang berguna.

Apa guna kita isikan medium ini sekadar untuk menyakiti hati insan lain. Apa faedahnya kita memburukkan orang lain, apatah lagi mereka yang sepatutnya kita sanjung dan hormati. Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum dan sejarah keagungan Islam? Sudahkah cukup ilmu di dada kita sehingga berani menuduh para sahabat Rasulullah sebagai manusia bangsat?

Jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku kepada Aduka Taruna ini. Menulis biarlah bermanfaat bukannya berniat khianat atau sekadar untuk menjadi popular yang glamor cuma barang sesaat.

Renung-renungkanlah……

Ikhlas daripada penulis.

Jika jasad seseorang memiliki jantung untuk mengepam darah ke seluruh sel, maka Surah Yaasin bagaikan hati al-Quran yang menjana kelebihan dan keistimewaan bagi insan yang membacanya.

Apabila seseorang membaca Surah Yaasin kerana mengharapkan reda Allah SWT dan pembalasan di akhirat, maka dosa-dosanya berguguran kerana memperoleh keampunan dan rahmat daripada-Nya.