Category: SUDUT ROHANI


Kepentingan ibadat sunat…?

Amalan sunat sering ditinggalkan kerana faktor kurangnya pengetahuan akan keistimewaan ibadat ini. Walhal, meninggalkan ibadat sunat bermakna kerugian bagi kita kerana tidak memperoleh pahala sementara masih berpeluang untuk meraihnya.

Antara kepentingan ibadat sunat ialah:-

  • Membolehkan seseorang mendekatkan diri dengan Rasulullah s.a.w. di syurga.
  • Dapat menyempurnakan kekurangan ibadat wajib yang dikerjakan.
  • Dapat menyucikan jiwa pengamalnya.
  • Berpeluang menjadi wali dan kekasih Allah SWT.

Semoga kita menjadi hamba yang mencintai sunah Rasulullah s.a.w. dengan melakukan ibadat sunat sebanyak-banyaknya.

ubah suai daripada  aspriasi editor, Majalah i Mei 2009.


Realitinya kini, umat Islam tidak lagi mensyukuri nikmat al-Quran. Kitab suci ini belum dijadikan perencah bagi menjalani kehidupan di bumi Allah ini, bahkan sesetengah daripada kita, mukjizat ini hanya dijadikan zikir dan doa untuk memperoleh pertolongan semata-mata. Kita belum bersedia menjadikan al-Quran sebagai petunjuk, asas membina cara berfikir serta sudut pandangan dalam mengorientasikan hidup serta perilaku individu, keluarga dan masyarakat.

Akibat kecuaian kita ini, maka muncullah pelbagai krisis sosial yang semakin tiada jalan penyelesaiannya. Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai sumber kekuatan untuk membangunkan peradaban manusia yang sempurna dalam pelbagai aspek.

Pelbagai kaedah yang dapat kita laksanakan dalam usaha menghidupkan al-Quran agar menjadi sumber kekuatan, antaranya:-

  • Selalu membaca al-Quran dengan betul (Tilawah wa Tartil)
  • Merenung dan mengkaji kandungan al-Quran (Tadabur)
  • Menghafaz al-Quran (Hifzh)
  • Mengajarkan ilmu al-Quran (Ta’lim)
  • Sentiasa mendengar bacaan ayat al-Quran (Istima’)
  • Menjadikan ajaran al-Quran sebagai amalan (At-Talaqi lil amal)
  • Menjadikan al-Quran sebagai kata pemutus (Tahkim)
  • Menjadikan isi kandungan al-Quran acuan hidup (Manhaj al Hayah)

Sesungguhnya, hidup berpegangkan al-Quran wajib menjadi agenda besar dalam kehidupan kita.

Sumber: Majalah i (Bil. 79) Mei 2009



Al-Quran panduan hidupku…?


  • Ya Allah rahmatilah aku,
  • dengan ayat-ayat-Mu,
  • jadikan pemimpin, cahaya dan petunjuk jalanku,
  • sebagai tinta kasih-Mu.


  • Ya Allah, panggillah aku,
  • yang sering lupa,
  • ajarkan aku dengan ayat-ayat-Mu,
  • agar aku lebih tahu.


  • Gamitlah aku,
  • melagukan ayat-ayat-Mu,
  • malam dan siang,
  • jadikan aku insan yang dahaga….
  • ayat-ayat-Mu.

Ubah suai daripada Majalah I Mei 2009.



  1. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
  2. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
  3. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan rumah tangga.
  4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan dalam sikap dan tindakan.
  5. Setiap perkara hendaklah dibincangkan bersama-sama terutama soal urusan rumah tangga.
  6. Tidak bertindak kasar terhadap isteri sebaliknya memberi kesempatan membaiki diri.
  7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung ataupun tak langsung.
  8. Berlaku jujur dan sentiasa mengingati Allah.
  9. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang mesti ada perbezaan.
  10. Menyelesaikan sengketa dengan bijaksana.
  11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan.
  12. Sentiasa ingat bahawa isteri dan anak-anak merupakan amanah Allah.
  13. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia di sisi-Nya.
  14. Mempunyai akhlak yang terpuji mengikut ajaran Islam.

Rukun Iman yang kedua selepas beriman kepada Allah ialah, beriman atau percaya kepada malaikat iaitu sejenis makhluk halus yang dicipta oleh Allah. Mereka ini merupakan makhluk alam ghaib. Malaikat ialah makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, disentuh, dicium atau dirasa. Mereka hidup di dalam suatu alam yang berbeza dengan alam kita. Malaikat ialah makhluk yang paling taat, patuh dan sentiasa patuh beribadat menjalankan perintah Allah.

Jumlah para malaikat tidak diketahui, namun kita wajib ketahui 8 malaikat di bawah:-

  1. Malaikat Jibril: Penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi.
  2. Malaikat Mikail: Tugasnya membahagikan rezeki kepada seluruh makhluk.
  3. Malaikat Izrail: Tugasnya mengambil nyawa sekalian makhluk.
  4. Malaikat Israfil: Tugasnya meniup sangkakala jika tiba khiamat.
  5. Raqib dan Atid: Mencatat amalan baik dan buruk.
  6. Mungkar dan Nakir: Tugasnya menyeksa dan menyoal orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur.
  7. Malaikat Malik: Tugasnya menjaga neraka.
  8. Malaikat Ridhwan; Tugasnya menjaga syurga.

Adab berpakaian…?

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, kata adab bermaksud segala tingkah laku serta tutur kata yang halus, sopan, budi bahasa, budi pekerti yang luhur dan kesopanan.

Dalam Islam adab berpakaian amat dititikberatkan, namun disebabkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin cetek, maka wujudlah fenomena seperti hari ini; –

  • fesyen bertutup tetapi sendat
  • bertudung tetapi lengan dan ketiak terdedah
  • berjubah tetapi berbelah di sana-sini
  • berkelubung tetapi ekor rambut tersembul

Adab berpakaian dalam Islam ialah:-

  1. Menutup aurat;
  2. Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita atau sebaliknya;
  3. Sebaik-baik pakaian adalah mengikut sunah Rasulullah;
  4. Haram bagi lelaki yang memakai sutera dan emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya;
  5. Pakaian yang longgar;
  6. Memakai pakaian yang bersih;
  7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga-bunga;
  8. Tidak melepasi buku lali bagi lelaki;
  9. Bagi perempuan, hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumit dan melabuhkan tudungnya ke dada;
  10. Tidak memakai pakaian yang jarang dan menampakkan warna kulit.

Doa selepas solat…?

DOA SELEPAS SEMBAHYANG

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solli wasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma’in. Allahuma inna nas alukal ‘afwa wal ‘afiah, wal mu ‘aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin ‘aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa’azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi ‘ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na’lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, ‘ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na’alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina ‘azabannar. Wasalallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw wa ‘ala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Perkara ini nampak biasa sahaja. Sesetengah orang, apabila didapati ada semut di dalam air minumannya, diceduk dengan sudu lalu dibuang begitu sahaja. Sesetengahnya pula langsung tidak diminum air itu kerana katanya najis dan haram diminum! Bagaimana dengan pembaca sekalian?

Menurut buku Asas-asas Fardu Ain oleh Ustaz Sulaiman Endut, jika bangkai serangga yang tidak mengalir darahnya seperti lalat, semut, lipas dan sebagainya jatuh ke dalam bahan makanan atau minuman, tidaklah najis bahan makanan tersebut kecuali jika berubah rasa, bau atau warnanya walaupun sedikit.

Ringkasnya, tidak menjadi masalah untuk kita memakan atau meminum bahan makanan atau minuman tersebut selagi bangkai serangga itu tidak mengubah bentuk asal bahan tersebut.

Selamat Tahun Baru Islam…?

Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam pada 18 Disember 2009 bersamaan dengan 1 Muharam 1431H kepada semua pengunjung blog ini, semoga pada tahun ini kita sama-sama dapat memperbaharu tekad dan iltizam untuk menjadi manusia yang lebih sempurna di sisi-Nya.

Berkebetulan pada hari 18 Disember 2009 itu juga merupakan hari lahir anak kedua penulis iaitu Nur Anis Hanim, jadi penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuknya, semoga lebih tabah mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Selamat tahun baru Hijrah 1431 dan selamat hari lahir yang ke-19 buat Anis…?


Hukum dalam Islam…?

Terdapat 5 jenis hukum dalam Islam iaitu wajib, sunat, haram, makruh, dan mubah.

1. Wajib

  • Sesuatu hukum atau perintah yang mesti dilakukan. Jika hukum atau perintah itu dilaksanakan akan mendapat pahala dan jika sebaliknya akan berdosa. Misalnya sembahyang fardu, jika ditinggalkan akan mendapat dosa.

2. Sunat

  • Sesuatu hukum atau perintah jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa seperti sembahyang terawih.

3. Haram

  • Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala seperti larangan meminum arak.

4. Makruh

  • Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan tidak dihukum berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala seperti memakan makanan yang berbau busuk.

5. Mubah

  • Sesuatu yang dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat apa-apa. Tidak diberikan pahala atau mendapat dosa.

 

Sesuci hati nan murni…?