Selamat Hari Guru
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Khazim, http://www.tutor.com.my
Penyakit gout digelar sebagai penyakit orang kaya kerana mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Para pelajar dan pengunjung blog penulis,
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Dalam kesempatan pada kali ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan sokongan daripada semua pihak terhadap blog yang tidak seberapa ini. Tujuan penulis satu sahaja, ingin berkongsi ilmu dan cuba membantu apa yang terdaya oleh penulis.
Terkini penulis telah memasukkan sebanyak 200 lebih artikel yang berkaitan bahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Artikel-artikel ini telah dipecahkan kepada 11 kategori. Semua artikel lama dan baru ini boleh dibaca dan dibuat rujukan.
Insya-Allah, penulis akan memperbaharunya lagi dari semasa ke semasa.
Secara sedar atau tidak kebanyakan calon menggunakan hanya ayat penyata dalam setiap penulisan mereka. Hal ini demikian menyebabkan hasil penulisan itu kurang menarik dan kurang berkesan.
Sebagai guru bahasa, penulis mencadangkan setiap calon atau pelajar menggunakan pelbagai jenis ayat ketika menulis esei, barulah hasil penulisan lebih baik dan menampakkan tahap kematangan yang tinggi.
Sekadar contoh.
Pelajar atau calon juga boleh menggunakan ayat dialog ketika menulis.
Setelah hampir 2 minggu bercuti, kini sekolah akan memulakan sesi persekolahan penggal 2 pada 14 atau 15 Jun 2009. Selamat bertugas buat guru-guru dan selamat mencari ilmu buat pelajar-pelajar yang dikasihi.
Kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM …. peperiksaan semakin dekat, ingat : “bertangguh itu pencuri masa.”
Maksud kata global dan globalisasi sering disalahgunakan sehingga mencacatkan bahasa.
Bermula hari ini iaitu selepas habis kelas nanti, semua pelajar akan mula bercuti selama 2 minggu.
Penulis ingin mengambil peluang mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar khususnya pelajar Farisian. Tapi penulis ingin menasihati semua pelajar agar menggunakan waktu cuti ini dengan mengulang kaji pelajaran terutama pelajar tingkatan 3 dan 5.
Gunakanlah juga peluang ini untuk membantu keluarga dan cubalah juga libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.
Selamat bercuti.