Lawak 1:
Seorang guru PJ muda sedang mengendalikan kelas PJK di sebuah gelanggang bola keranjang. Guru itu meminta muridnya berlari setempat untuk memanaskan badan.
Guru: Ok. . semua murid berlari setempat, kira satu, dua, tiga ….
Murid: Bila nak berhenti cikgu?
Guru: Buat sehingga berkentut!!!
Murid: ????????
Lawak 2:
Di dalam sebuah kelas di sekolah tadika, cikgu Milah sedang mengajar muridnya tentang operasi tolak.
Cikgu: Ambil batu sebanyak 5 biji, kemudian buang 2 biji. Sekarang tinggal?
Murid: Dengan menjerit2 …. TIGA cikgu!
Cikgu: Wah, murid cikgu pandai2 ya…., kenapa pula kamu masam Jali?
Jali: Ayah saya cakap, kita tak boleh buang batu…. berdosa!
Cikgu: Pelik, kenapa pula?
Jali: Ayah saya kata, kalau buang …….. mannnnndul cikgu.
Lawak 3:
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
Lawak 4:
Di sebuah wad CCU (HUSM), suasana menjadi kelam-kabut. Pesakit di katil no. 22 tenat. Beberapa orang doktor berkejar ke katil itu. Sanak-saudaranya pula, ada yang menangis, membaca kitab suci dan ada yang berdoa…….
Doktor: Minta jauh sikit, saya nak periksa!
Ibu: Tolonglah doktor, dia masih muda lagi ….
Doktor 2: Sabarlah, kita akan cuba sehabis daya …….hanya,….
Tiba-tiba, Amin menggenggam tangan ibunya dengan erat sebelum, sebelum…, menghembuskan ………. nafasnya… yang KEDUUUUUAA!!!!!!
Doktor: … belum mati lagi lah tu!
Lawak 5:
Suatu pagi di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Terengganu… Datang seorang Pak Cik tua bertanyakan seorang pegawai kesihatan yang sedang bertugas.
Pak Cik: Assalamualaikum, encik di sinikah tempat pelajar baru mendaftar?
Pegawai: Ya, kenapa? Anak Pak Cik sudah mendaftar?
Pak Cik: Belum, tapi kenapa semua orang pakai topeng?
Pegawai: (Dengan selamba menjawab) Nak elakkan wabak selesema babi.
Pak Cik: Masya-Allah ! Banyak ke babi kat sini yang selesema?
Pegawai: ?????
Pak Cik: … (merungut)..kat ‘U’ pun ada babi?
Lawak 6:
Di sebuah tempat sekatan jalan raya, beberapa orang polis sedang asyik membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal.
Polis 1 : Encik, mana lesen?
Penunggang motosikal : Alamak, lesen saya dah mati!
Polis 2 : Kalu mati, guane dok tanang kubur?
Penunggang motosikal : Polis ni aku tampor kang? ( dalam hati )
Polis 1 : Pah, deme nok gi mane?
Penunggang motosikal : gi Kuale Berang.
Polis 2 : Wak mende mu gi Kuale Berang?
Penunggang motosikal : Nok gi zirah orang mati!
Polis 1 : Pah, nok gi guane leseng mandu mati?
(cerita belum abis)
Lawak 7:
Suatu malam di dalam sebuah bas Transnasional dari Hentian Putra menuju Kota Bharu, siri Terjah telah merakamkan perbualan dua orang insan…..
Insan 1 : (menguap).. Ahhh, lama lagikah kita nak sampai? I dah boring amat ni! Auuu
Insan 2 : Entah, I rasa pun macam you jugak, bosan, tak ada apa boleh dibuat.
Insan 1 : You perasan tak tadi, bas kita hampir gelencos! nasib baik I tak rebass! Jika tidak …. cedera kita.
Insan 2 : Kenapa you baru royaks kat I, I serialah. Nak tanya, kat mana bas kita nak gelencos tu?
Insan 1 : Tak silap I …..( sambil melihat ke arah cermin tepi ), I rasa dekat gerentaks tadi, tapi I tak berapa pasti gerentaks tu?
………
Insan 7 : Bo.. la dok kecek luarnyo, geli telingo aku! Nak tidur pun tokleh!
Insan 1 dan Insan 2 : Saaaadapp you!!….
Insan 7: auuuuuuuuuuuu……..
Lawak 8:
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran perkampungan orang asli….
Doktor: Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Ubin : …. pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor: Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Ubin: Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor: Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Ubin: pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor: Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Ubin: Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor: kenapa dengan sudu?
Ubin: (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor: ???????
Lawak 9:
Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..
Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?
Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.
Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!
Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!
Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga.
Cikgu: Murid-murid lain patut malu pada Ali.
Cikgu: Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa macam mana?
Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!
Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!
ada yg lawak dan ada yg tak lawak
lawak kurang melucukan
Posmen dan Surat
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Pilih-pilih menantu
May.07, 2009 in Kisah Lawak
“Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan
berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin
segera berkahwin..
Anak : “Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang
gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan
menjadi menantu mama..”
Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis
cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan
duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak
bertanya pada mamanya..
Anak : “OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi
menantu Mama”
Mama : “Yang berambut perang dan duduk di tengah”
Anak : “Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat..
bagaimana Mama tahu?”
Mama : “mama paling tidak menyukainya!”
shariman sedang bebual ngan fazfifi…..tiba 2 fifi ingin berteka_teki……………
fifi:banyak-banyak bunga ..bunga ape yang kite siram dia mati??????
shariman ternganga……..
shariman:tak tahu
dengan selambe fifi menjawab.
fifi:bunga api>>>>>.>>>>>>
Saya ada seorang kawan dia seorang guru, dia serumah dengan guru besar, makan dengan guru besar, tidur dengan guru besar kerana isterinya guru besar. Tapi kenapa cikgu tersebut tak pandai pandai pun, lebih kurang saya aje.
Kata seorang profesor saikologi semasa saya berkhidmat di universiti dahulu, kepribadian seseorang itu dipengaruhi oleh tiga faktor: pertama genetik, kedua pendidikan dan ketiga persekitaran. Oleh sebab itu kerana guru dikitari oleh budak budak setiap hari, mereka pun terikut ikut perangai kebudak budakan seperti suka merajuk.
Betul ke cikgu suka merajuk? Jangan beritahu kepada guru-guru yang lain, nanti mereka akan berkecil hati berdosa saya nanti.
Mungkin benar kata / telahan saudara. Pada saya semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Persoalannya siapa yang mempengaruhi dan siapa dipengaruhi? Jika dipengaruhi, betullah ada guru-guru yang terikut-ikut dengan perangai pelajarnya seperti suka merajuk, manja dan lain-lain.
Lebih baik kita ada upaya untuk mempengaruhi pelajar, contohnya menjadi manusia yang matang, beriman, dan bersahsiah mulia. Pelajar hari ini bijak menilai siapa kita. Sebagai guru yang baik, kita mesti lebih bijak daripada mereka.
wow……..dah cantik blog cikgu sekarang…………
Terima kasihhhhh.
askom cikgu…cikgu tggl kt mna…????
Waalaikum salam, Cikgu tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Dekat Pantai Cahaya Bulan!
Waalaikum salam, Cikgu tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Dekat Pantai Cahaya Bulan!