Latest Entries »

Rukun Negara : Matlamat dan Kepentingannya Kepada Negara

 Tidak dinafikan setiap daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, cinta akan negara dan cinta akan kedamaian.

 Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalamnya terangkum kesemua nilai hidup yang menjadi pegangan kita–memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan negara terjamin.

 Melalui Rukun Negara, antara objektif  masyarakat yang hendak dilahirkan oleh Malaysia adalah seperti berikut :.

  1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

  1. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.

Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.

  1. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang  kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

  1. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

  1. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

PEMANTAPAN TATABAHASA 1…!

PEMANTAPAN TATABAHASA

PMR 2013

TUGASAN:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut.

 KATA SENDI/KATA HUBUNG

 Diharapkan mereka mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku itu.

  1. Anggota pasukan keselamatan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk mencapai objektif operasi.
  2. Selain daripada mengulang kaji pelajaran, pelajar juga seharusnya membantu keluarga di masa cuti persekolahan.
  3. Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Singapura terpaksa ditangguhkan oleh kerana hujan lebat.
  4. Remaja dewasa ini mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang boleh merosakkan jati diri mereka.
  5. Ibu bapa pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan PMR 2013 mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan guru-guru.
  6. Guru subjek Bahasa Melayu begitu mengambil berat terhadap kelemahan pelajar dalam bidang tatabahasa.
  7. Dari membuang masa melakukan kerja-kerja tidak berfaedah, baik aku membaca buku.
  8. Perdebatan hangat telah berlaku di antara ahli-ahli jawatankuasa di dalam mesyuarat itu.
  9. Walaubagaimanapun dia tetap terpilih sebagai Ketua Pelajar sekolah itu.
  10. Pelajar perlu cepat sedar akan kelemahan diri agar supaya mereka berjaya di dalam mengejar cita-cita.
  11. Jangankan ibu, ayahpun gagal mengangkat meja yang berat itu.
  12. Dia tidak hadir ke sekolah sebab masalah kesihatan.
  13. Kamu mesti membantu keluarga bila kamu besar nanti.
  14. Sementara dengan menunggu majlis bermula, para undangan dipersembahkan dengan pertunjukan silap mata.
  15. Jika sekiranya beliau tidak hadir, majlis itu terpaksa ditangguhkan dahulu.
  16. Baik guru mahu pun pengetua, semuanya ditegah dari memasuki bilik persiapan itu.
  17. Mereka menjelaskan yang aktiviti itu akan dilaksanakan dengan seberapa segera.
  18. Sambil dengan menjahit pukat, nelayan itu juga membetulkan ikatan pada alat tangkapan itu.
  19. Emak mencuci beras sambil menanak nasi.
  20. Ayah sedang berbincang mengenai tarikh balik kampung sempena cuti sekolah nanti.
  21. Kerana ketinggalan bas saya terpaksa pergi sekolah dengan basikal.
  22. Buku Koleksi soalan BM ada dengan kawan baik saya.
  23. Sejak dari zaman remaja lagi, orang itu terlibat di dalam kes penyalahgunaan dadah.
  24. Antara faktor-faktor menularnya kes ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya, kurang kesedaran dan kurang perhatian dari ibu bapa.

Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di negeri kita.

Pendahuluan:
Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara – langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil – cari penyelesaian segera

Isi -isi:

  • memperbanyak kemudahan awam, bas, teksi, LRT dan komuter – pastikan jadual perjalanan pegangkutan awam teratur – memudahkan orang ramai pergi ke sesuatu destinasi tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian
  • menggalakkan masyarakat berkongsi kereta – bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa
  • memperlebar jalan raya – menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah – memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar – mempercepat perjalanan
  • memperbanyak lebuh raya – jalan alternatif kepada pengguna jalan raya – untuk pergi ke satu tempat tidak perlu tertumpu pada jalan-jalan tertentu sahaja
  • menempatkan lebih banyak polis trafik untuk mengawal keadaan lalu lintas – terutama di simpang-simpang besar atau bulatan jalan raya

Penutup:
Masalah kesesakan lalu lintas perlu diatasi demi kebaikan semua pihak – tidak boleh dipandang ringan

1. Perkembangan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit.

Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.

1.1 Bahasa Melayu pada Zaman Kegemilangan Melaka

Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bertapak di sini. Faktor yang mempengaruhinya ialah:

  • Peranan pendakwah
  • Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal
  • Peranan golongan istana dan pedagang

Bermula dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan dan sebilangan kecil cendekiawan masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

Selepas kejatuhan Melaka, pusat kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang.

2. Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mahu mendaulatkan bahasa Melayu / bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British.

Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah:

  • Satu sukatan pelajaran yang sama
  • Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.
  • Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas Merdeka:-

  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.
  • Pelaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
  • Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Selepas pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.

Pelbagai punca mendorong remaja merokok dan seterusnya menghadapi masalah ketagihan merokok. Antaranya ialah:-

  1. Pengaruh daripada rakan sebaya.
  2. Rasa bosan dengan beban tugas sebagai seorang pelajar.
  3. Meniru amalan ibu bapa yang merokok.
  4. Naluri ingin tahu menyebabkan remaja terdorong mencuba sesuatu yang ditegah.
  5. Rokok boleh dibeli dengan mudah dan boleh dibeli walaupun hanya sebatang – murah.
  6. Penguatkuasaan terhadap penjualan rokok yang longgar.
  7. Remaja bertanggapan bahawa merokok menyebabkan mereka lebih matang dan bergaya.
  8. Pengaruh sekitar dan masyarakat.
  9. Kesedaran betapa rokok membahayakan kesihatan amat rendah dalam kalangan remaja.
  10. Obses meniru idola pujaan atau artis sanjungan.
  11. Ibu bapa yang kurang mengawal tingkah laku anak-anak.
  12. Kegagalan kempen yang dilaksanakan oleh agensi berwajib.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam bertemu di medan diskusi maya atas dasar perkongsian maklumat dan ilmu terutamanya ilmu bahasa semoga sedikit sebanyak dapat menyumbangkan input berguna kepada semua khususnya pengunjung-pengunjung setia blog cikgu ini. Cikgu amat berharap agar kita terus-menerus berkongsi ilmu dan kepakaran demi kebaikan semua pihak.

Satu lagi perkhabaran yang ingin dimaklumkan di sini, setelah dua tahun mengelolakan blog ini, cikgu mendapati sambutannya amatlah hebat dan hari demi hari jumlah pengunjung blog ini semakin meningkat mencecah ribuan setiap hari. Sebagai menghargai sambutan pengunjung sekalian, dan juga ingin memberikan kelainan dan pilihan kepada semua, cikgu dengan rasa rendah diri memperkenalkan blog baharu bahasa Melayu cikgu iaitu ‘SISI BAHASAKU’ di alamat http://www.mohamadazemi2013.blogspot.com. Kunjungilah blog baharu ini di samping blog ini semoga kebaikan yang diperoleh akan bertambah-tambah…

BLOG SISI BAHASAKU

www.mohamadazemi2013.blogspot.com

PENDAHULUAN:-

  • Malaysia merupakan sebuah negara dinamik dan makmur yang menikmati perkembangan ekonomi dan kestabilan politik yang berpanjangan.
  • Secara amnya rakyat Malaysia kini semakin tinggi tahap kesihatan, jangka hayat yang lebih lama, serta lebih produktif.
  • Tahap kesihatan  yang lebih baik membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih produktif, sejahtera dan bahagia.
  • Kerajaan begitu prihatin tentang kualiti kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai prasarana.
  • Namun demikian, pada masa yang sama pihak kerajaan agak bimbang kerana jumlah pesakit dalam kalangan rakyat semakin meningkat.
  • Semakin banyak rakyat terdedah dengan kematian dalam diam akibat penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi.
  • Kementerian Kesihatan melaporkan berlaku peningkatan penyakit diabetes sebanyak 15.2 peratus pada 2011  berbanding 11.6 peratus pada 2006.
  • Masalah tekanan darah tinggi dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun meningkat  pada tahun yang sama dianalisis.

ISI: TANGGUNGJAWAB KERAJAAN TERHADAP KUALITI KESIHATAN:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia {KKM) berusaha menambah baik perkhidmatan kesihatan di setiap negeri:-
  1. latihan berterusan dalam bidang teknikal dan kemahiran insaniah
  2. meningkatkan fasilitis hospital mengikut keperluan semasa
  3. menyediakan peralatan perubatan termoden
  4. menambah tenaga pakar di setiap hospital negeri
  • Klinik 1Malaysia sebagai inisiatif komitmen kerajaan:-
  1. Pembukaan Klinik 1Malaysia di seluruh negara
  2. idea PM ini telah direalisasikan apabila melalui bajet 2010, 50 buah klinik tersebut telah dibuka dengan peruntukan RM10 juta
  3. pesakit hanya perlu membayar RM1 ketika berurusan di klinik ini
  4. mengadakan klinik bergerak 1Malaysia menawarkan rawatan perubatan percuma ke seluruh negara
  • Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia dilancarkan pada Mei 2012
  1. Kerajaan menanggung kos rawatan lebih 95% rawatan asas pergigian

STATISTIK BANDUAN SEMASA…?

Berdasarkan data Kementerian Dalam Negeri setakat November 2012 yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 27 Disember 2012 berkenaan penghuni penjara di Malaysia:-

  • Jumlah banduan: 37,947 orang
  • Jumlah penjara: 43 buah
  • Jumlah maksimum kapasiti 43 buah penjara: 50,700 orang banduan
  • 4 buah penjara mencapai kapasiti maksimum:
  1. Penjara Kajang
  2. Penjara Tawau
  3. Penjara Sandakan
  4. Penjara Kota Kinabalu

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2013…?

RILEKS SEKEJAP…?

BUKU

Suami: Kenapa ‘Sayang’ menangis?

Isteri: Saya baru je habis baca sebuah buku. Sad endinglah Bang…

Suami: Buku apa?

Isteri: Buku bank abanglah….

HARIMAU

Orang Asli: Selamat pagi tuan.

Polis: Selamat pagi, apa hal ni?

Orang Asli: Saya nak buat report tuan.

Polis: Pasal apa pula?

Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.

Polis: Pukul berapa?

Orang Asli: Dia tak pukul tapi terkam.

Polis: Habis?

Orang Asli: Tak habis tuan, tinggal kepala…

Mingguan Malaysia 23/12/2012

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 65 other followers