Kita sering kali diperdengarkan perkataan-perkataan di atas sama ada melalui corong-corong radio, pengacara-pengacara majlis dan lain-lain. Yang menjadi persoalannya adakah semua perkataan itu betul dari segi ejaan ataupun penggunaannya?

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud:-

  • mewara-warakan ialah pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.
  • menguar-uarkan pula bermaksud pengumuman yang dibuat dengan meneriaknya kuat-kuat.
  • mewar-warkan ?????? > tak ada dalam KAMUS!!!!!

Yang menjadi peliknya ialah kenapa sesetengah daripada kita gemar menggunakan perkataan yang SALAH dan tidak tepat. ….. mungkin sifat ‘pak turut’ masih menebal atau mungkin memang tak tahu bahasa?

Advertisements