Apabila kita meneliti penulisan ‘surat kiriman’, sering kita ketemukan perkataan ‘ke hadapan/ ke pangkuan ke ribaan’ dan macam-macam lagi. Dalam hal ini kadang-kadang juga kita ditemukan dengan pelbagai bentuk ejaan yang sebenarnya tidak tepat mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu. Contohnya penggunaan ejaan bagi kata ke hadapan atau kehadapan. Yang mana satu yang betul? Cuba kita baca analisis di bawah.
- hadapan ialah kata nama tempat dan apabila kita menggunakan kata sendi nama maka kata sendi nama itu hendaklah dijarakkan, contohnya: ke tepi, ke tengah, ke hadapan, ke pasar, ke padang. JADI ke hadapanlah yang betul.
- belakangan ialah kata nama yang menerangkan masa, bukannya tempat. Jadi ejaan ke belakangan sepatutnya diejakan kebelakangan.
Ringkasnya:-
- kehadapan X
- ke hadapan √
- ke belakangan X
- kebelakangan √
- belakangan ini √