Category: BAHASA KLASIK


1. Hatta (lalu/maka/kemudian dari)

  • Hatta beberapa lama Tuah menghilangkan diri, Jebat pun mula membuat angkara.

2. Kalakian (ketika itu)

  • Kalakian, Tuah dan empat bersaudara lain sedang berunding untuk belayar mencari ilmu.

3. Sebermula (pertama-tama/permulaan sesuatu kisah)

  • Sebermula, maka sampailah umurnya delapan belas tahun.

4. Arakian (arkian/sesudah itu/selepas itu)

  • Arakian, maka tersebutlah kisah sebuah negara yang rajanya baik pemerintahannya.

5. Syahadan (selanjutnya/lalu)

  • Syahadan datanglah kepada suatu hari, maka gajah itu pun sampailah.

Sekali lagi penulis mengutarakan beberapa patah kata klasik bersama-sama dengan makna dan penggunaannya dalam ayat:-

  • jendera > lena atau nyenyak : Lalu ia beradu tersangat jendera.
  • jorong > tempat letak sirih yang berbentuk bulat : Maka sirih pada jorong emas dipersembahkan oranglah kepada raja.
  • jong > kapal layar China : Maka dihimpunkan delapan puluh jong
  • kalakian > ketika itu / kala itu : Kalakian tersebutlah pula baginda berdua-duaan dengan inang istana.
  • kali > sungai : Bunga kemboja di tepi kali.

Tepak sirih

Kita masih lagi berbincang tentang kosa kata klasik yang banyak ditemukan ketika kita menelaah buku antologi. Di bawah ini penulis akan menghuraikan makna dan contoh penggunaannya dalam ayat.

  • kencana > emas …. terimalah anak-anakan kencana ini.….
  • kesuma > bangsawan / golongan atasan … benarlah titah duli kesuma
  • kendak > berzina / bermukah … Hatta antara itu Hang Kasturi pun berkendak dengan seorang dayang-dayang….
  • kaus > kasut / sepatu … Hamba minta tuan tolong belikan kaus barang sepasang..
  • kecindan > jenaka, gurau senda / kelakar
  • kandil > lampu / pelita … Tiap-tiap malam perempuan itu akan memasang semua kandilnya.
  • keti > seratus ribu … Ada dua keti rakyat berhimpun di ….

Perkataan klasik di atas biasa kita temukan dan jika tidak diberikan perhatian, sudah pasti akan memeningkan kepala untuk mendapatkan maknanya.

  • pesara tergolong sebagai kata nama yang bermaksud orang yang telah bersara ataupun pencen. Tapi sebagai kata klasik, maksud ‘pesara’ ialah pekan atau pasar. Contoh ayat: … maka berbunyi pada orang sampai di tengah pesara.
  • pertala bermaksud lapisan. Tujuh pertala bumi, tujuh pertala langit.
  • pelebaya ialah jawatan atau orang yang menjalankan hukuman mati.
  • pingit pula bermaksud terkurung atau tidak diberikan kebebasan. Contoh ayat: Gadis Melayu dahulunya pingit dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja.
  • pokta bermaksud jelita, elok, tiada bandingan.