Setengah dan sesetengah atau setengah-setengah merupakan kata bilangan, iaitu:-
- setengah > kata bilangan pecahan (separuh) / (1/2)
- sesetengah / setengah-setengah > kata bilangan tak tentu (jamak)
Contoh ayat:-
- Setengah daripada hartanya telah didermakan kepada tabung anak yatim.
- Dia telah membelanjakan setengah daripada wang gajinya.
- Sesetengah pelajar gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir.
- Setengah-setengah pendapat yang dikemukakan itu tidak dapat diterima kerana berbaur perkauman.
Maka SALAH jika:-
- Setengah pelajar hanya tahu menyusahkan ibu bapa sahaja.
- Dia telah menghabiskan sesetengah daripada kek itu.