Memelihara berasal daripada kata dasar ‘pelihara’ yang bermaksud bela, jaga dan rawat. Jadi maksud kata ‘memelihara’ ialah:-

  • membela, menjaga, merawat, menternak, melindungi, membiarkan ….

Contoh ayat:-

  1. Mereka memelihara anak angkat itu sehingga dewasa.
  2. Makanan seimbang dapat memelihara tubuh daripada diserang pelbagai penyakit.
  3. Ramai penduduk kampung itu memelihara lembu.
  4. Sesetengah orang lelaki suka memelihara janggut.
  5. Umat Islam diingatkan supaya memelihara lidah daripada perbuatan mengumpat.

Manakala kata ‘memulihara’ pula berasal daripada kata dasar ‘pulihara’. Maksud kata ‘memulihara’ pula ialah:-

  • memulihkan dan menjaganya, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik ….

Contoh ayat:-

  1. Kerja-kerja memulihara alam sekitar kita akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama daripada semua pihak.
  2. Betapa pentingnya kita berusaha mengekal dan memulihara bentuk muka bumi di kawasan tanah tinggi.
About these ads