Category: TUGASAN


Kesalahan kata adjektif….?

Perhatikan ayat-ayat yang menggunakan kata adjektif di bawah. Analisiskan penggunaan kata adjektif tersebut dan jika terdapat kesalahan, silalah betulkan.

  1. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal harganya. 
  2. Sungai yang terpanjang sekali di dunia ialah Sungai Nil.
  3. Keadaan mangsa kemalangan jalan raya itu amat teruk sekali.
  4. Kita mestilah memiliki semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi.
  5. Pasukan kastam akan memperhebatkan operasi mencegah kemasukan barang-barang terlarang ke negara kita.
  6. Penyanyi itu paling banyak sekali mendapat undian daripada penonton.
  7. Kita akan mendapat sebesar besar pahala daripada Allah jika kita berbuat baik kepada ibu bapa.
  8. Begitu berat sekali untuk aku hadapi dugaan ini.

Tugasan Dalam Cuti F3…?

Assalamualaikum,

Kepada semua pelajar 3 Alpha dan 3 Lambda,

Anda dikehendaki membuat kajian dan ulasan tentang sajak ‘Keusangan Budaya’, Antologi Harga Sebuah Lukisan merangkumi perkara seperti berikut:-

  • Tema
  • Persoalan
  • Nilai dan Pengajaran
  • Maksud setiap rangkap sajak
  • Gaya bahasa

Semua tugasan hendaklah dibuat di atas kertas kajang (A4) dan dihantarkan pada atau sebelum 20 Mac 2012.

Novel 6:20…?

Assalamualaikum pelajar 3 Alpha,

Pada hari ini anda ditugaskan untuk membuat kajian tentang novel 6:20. Anda dikehendaki menulis catatan tentang:-

  • Tema
  • Persoalan-persoalan
  • Nilai murni dan pengajaran
  • Latar tempat dan masyarakat

Catatan-catatan yang dibuat itu mestilah dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku yang diketengahkan oleh penulis.

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR 3 DELTA DAN 3 GAMMA

1. Anda dikehendaki menulis satu karangan yang panjangnya lebih daripada 250 patah kata tentang tajuk di bawah:-

  • Huraikan tentang kepentingan/kemaslahatan/kebaikan/kelebihan/manfaat penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Dengan merujuk Modul Bahasa Melayu Tg. 3, anda diminta menyiapkan latihan pada muka surat 91 – 95. Jawapan hendaklah ditulis dalam modul tersebut.

Tugasan hendaklah DISIAPKAN sebelum 8 Jun 2011. Kelas Bahasa Melayu untuk Program Perkampungan Ilmu akan diadakan pada hari Rabu, 8 Jun 2011,  jam 8.00 – 10.30 malam, bertempat di Dewan Kuliah.

TEMA:

  • Keistimewaan orang yang bijaksana.

PERSOALAN:

  • Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
  • Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
  • Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.
  • Menjauhi sifat tamak yang buruk.
  • Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
  • Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
  • Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.

NILAI:

  • Kerajinan > menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.
  • Bijaksana  > bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat.
  • Kesederhanaan  > tidak sombong dan meninggi diri.
  • Ketabahan  > melawan sifat tamak.
  • Baik hati  > berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN:

  • Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu.
  • Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
  • Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
  • Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk.
  • Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
  • Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
  • Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

MAKSUD:

RANGKAP

MAKSUD

1

Memilih isteri bukan hanya berdasarkan kecantikan wajah sahaja tetapi juga perlu pandai menguruskan rumah tangga.

2

Sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh orang yang bukan ahlinya akan ditertawakan atau dicemuh orang.

3

Keanehan berlaku apabila seekor kambing langsung tidak takut akan harimau.

4

Wujud kebimbangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang aneh seperti ternampak ikan memanjat kayu.

5

Sesuatu yang luar biasa tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita seperti orang yang tidak berkebolehan telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa.

    Tema:

    • Jenaka dan sindiran tentang hal-hal yang berkaitan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

    Persoalan:

    • Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak.
    • Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya.
    • Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk menyelesaikannya.
    • Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan manusia.

    Nilai:

    • Kerajinan > seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga.
    • Bijaksana  > Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang timbul.
    • Berdikari  > Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.

    Pengajaran:

    • Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata.
    • Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan.
    • Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.

    PANTUN

    MAKSUD

    Apa guna berkain batik,

    Kalau tidak memakai capal;

    Apalah guna beristeri cantik,

    Kalau tak pandai menumbuk sambal.

    Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.
    Dari Kelang lalu ke Jawa,

    Naik sigai ke atas atap;

    Ikan kering lagi ketawa,

    Mendengar tupai membaca kitab.

    Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.
    Ambil segulung rotan saga,

    Suruh diambil mari diurut;

    Duduk termenung harimau tua,

    Melihat kambing mencabut janggut.

    Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik)
    Kupu-kupu terbang melintang,

    Hinggap menghisap bunga layu;

    Hati di dalam menaruh bimbang,

    Melihat ikan memanjat kayu.

    Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai
    Lebat sungguh padi di paya,

    Kayu tumbang tepi pangkalan;

    Hairan sekali hati saya,

    Burung terbang disambar ikan.

    Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.

    Tema:

    • Peranan budi dalam kehidupan manusia.

    Persoalan:

    • Budi baik akan dikenang orang walaupun telah meninggal dunia.
    • Walaupun sedikit budi yang ditabur tetap akan dikenang orang.
    • Budi yang ditabur juga akan menerapkan rasa kasih sayang yang berpanjangan sesama insan.

    Nilai:

    • Baik hati
    • Hemah tinggi
    • Mengenang jasa

    Pengajaran:

    • Kita hendaklah berbuat baik sesama insan selagi masih hidup.
    • Kita mestilah mengenang budi orang kepada kita.
    • Kita haruslah menabur budi agar melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan bersatu hati.

    Maksud:

    PANTUN

    MAKSUD

    Terang bulan terang di paya,

    Anak kambing memakan rumput;

    Jika tak kenang kepada saya,

    Nama yang baik tidak tersebut.

    Anak merak mati tersangkut,

    Mati dipanah Seri Rama;

    Resam di dunia juga disebut,

    Orang yang mati meninggalkan nama.

    Anak itik terenang-renang,

    Air pasang tenang-tenangan;

    Budi sedikit bila kan hilang,

    Itu menjadi kenang-kenangan.

    Anak ikan berlima-lima,

    Mari ditimpa punggur berdaun;

    Kasih tuan saya terima,

    Sebagai hutang seribu tahun.

    Tugasan Cuti Tg. 3: 2010 (Farisian)…?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Kepada semua pelajar Tingkatan 3 (2010) SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan mudah bagi Panitia Bahasa Melayu. Tugasan tersebut ialah:-

    • Kajian Novel Tg. 3 (Kanang Cerita Seorang Pahlawan)
    1. Tuliskan sinopsis novel dengan memasukkan fakta-fakta penting.
    2. Nyatakan tema serta persoalan dengan menyertakan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel itu.
    3. Senaraikan watak dan perwatakannya secara ringkas tetapi padat.

    Tugasan ini hendaklah dijilid dan dihantar kepada guru-guru Bahasa Melayu pada minggu pertama persekolahan tahun 2010.

    Sekian, terima kasih.