Latest Entries »

Ranking PMR 2012 negeri Kelantan berdasarkan gred purata sekolah adalah seperti berikut:-

  1. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
  2. Sekolah Menengah Sains Machang
  3. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra 2
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Perdana
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher
  9. Maktab Sultan Ismail
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Amalin Puteri

RANKING PMR SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)
12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)
13.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)
14.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)
15.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)
16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)
17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)
18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)
19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)
20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)
21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)
22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)
23.Sekolah Dato’ Abdul Razak (GPS 1.0923)
24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)
25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)
26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)
27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)
28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)
29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)
30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)
31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)
32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)
33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)
34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)
35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)
36.SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)
37.Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)
38.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
39.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)
40.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)
41.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)
42.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
43.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)
44.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)
45.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)
46.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)
47.SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)
48.SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)
49.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)
50.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)
51.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)
52.SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)
Keputusan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

KEPUTUSAN PMR 2012…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari yang dinanti-nanti oleh calon PMR 2012 telah tiba. Pada pagi ini (biasanya lepas jam 10 pagi), para calon PMR akan mengetahui keputusannya. Macam mana? Takut? Kecut? ….. Takut nak ke sekolah?

Kepada calon yang berasa berat kaki untuk mendapatkan keputusan di sekolah, bagaimana jika menggunakan cara lain iaitu sama ada menggunakan kaedah menyemak keputusan secara online atau melalui khidmat SMS.

Untuk mendapat maklumat lanjut sila layari blog cikgu “www.faris-petra.blogspot.com”. Selamat maju jaya.

TAKSUN…?

  • takzir = hukuman yang dijatuhkan atas budi bicara hakim kerana tidak terdapat dalam al-Quran/Hadis.
  • takzim = amat hormat, penuh hormat dan sopan.
  • takziah = pernyataan turut bersedih, belasungkawa.
  • takwim = kalendar
  • takyin = penerangan , penjelasan.
  • taksun = tak sesuai (Kelantan)
  • taksir = kira
  • tafsir = terjemahan
  • tabib = ahli dalam ilmu perubatan dan ubat-ubatan.
  • tabik = beri hormat.
  • tabuh = gendang, beduk.

 

USAI…?

Baru-baru ini ketika cikgu sedang menanda kertas karangan Bahasa Melayu, cikgu ditemukan dengan sepatah perkataan yang sebelum ini jarang-jarang diguna pakai. Bunyinya pelik ‘usai’, cikgu ingat mungkin kata dialek ataupun bahasa slanga anak-anak muda hari ini. Contoh kegunaan biasa dalam penulisan mereka ialah:-

  • Usai sahaja majlis itu…..
  • Seusai makan malam, kami pun turun ke anjung rumah, ……..

Pada mulanya, yang terlintas dalam fikiran cikgu ialah, tandakan ….. untuk menunjukkan kesalahan ejaan ataupun kesalahan bahasa iaitu penggunaan sebutan dialek. Disebabkan terlalu ramai pelajar yang menggunakan perkataan tersebut, membuatkan cikgu tertanya-tanya, akhirnya Kamus Dewan Edisi Keempat jadi bahan rujukan.

Pada muka surat 1782, cikgu menemukan perkataan ‘usai’ yang mempunyai pelbagai maksud, antaranya:-

  • usai 1 bermaksud sudah selesai…(perayaan)
  • usai 2 bermaksud tidak tersusun rapi, contoh rambut –
  • usai 3 bermaksud sudah selesai dikerjakan, beres…
  • usai 4 bermaksud sudah lampau, lama, sudah berlalu….
  • mengusai 1 membawa maksud bersurai, menjadi usai…
  • mengusaikan membawa maksud menjadi bercerai, membongkar atau menguraikan (rambut)

Jadi selepas merujuk kamus, cikgu mula yakin bahawa ‘usai’ sebenarnya tercatat sebagai salah satu kata yang terkandung di dalam khazanah kosa kata kita.

Penulisan esei menjadi menarik dan lebih matang jika seseorang penulis itu menyisipkan kosa kata luas, ungkapan menarik, peribahsa yang sesuai dalam hasil karyanya. Walau bagaimanapun penggunaannya biarlah serasi dan relevan dengan idea-idea yang mahu diutarakan. Cuba kita lihat contoh penggunaan kosa kata luas / frasa menarik dalam ayat di bawah:-

  • Masyarakat mestilah pandai menggunakan cara-cara….
  • Masyarakat mestilah bijak mengaplikasikan pelbagai teknik….
  • Antara perkara yang mempengaruhi sikap remaja…
  • Antara elemen utama yang menjadi dalang kepada perubahan sahsiah dan perwatakan…..

Begitu juga penggunaan peribahasa dalam penulisan, ramai penulis yang gemar menggunakan peribahasa sebagai pengukuh idea, menyokong contoh yang diutarakan. Pada penulis, tidak menjadi masalah selagi penggunaan peribahasa itu sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Cuma penulis ingin mengingatkan bahawa tidak perlu ditulis tanda pengikat kata (“) di awal dan di akhir peribahasa berkenaan. Contoh kesalahan:-

  • Gejala lumba haram oleh anak-anak muda Melayu semakin menular dan fenomena ini bukan hanya berlaku di bandar-bandar besar sahaja, malah di desa-desa pun, kegiatan ini semakin menjadi ikutan seperti kata pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”.

PENDAHULUAN ESEI YANG PELIK…?

Pengalaman cikgu sebagai guru yang menanda kertas esei pelajar ini memang banyak. Tidak cukup laman blog jika mahu dikhabarkan kesemuanya. Daripada kaedah penulisan, pemilihan kosa kata yang entah dari mana, penggunaan penanda wacana yang pelik… sehingga kepada teknik penulisan permulaan ayat esei …. hairan bin ajaib; daripada mana sumber yang diperoleh pelajar? Kesempatan kali ini cikgu akan berkongsi dengan pembaca tentang teknik penulisan permulaan esei (mungkin yang diperturunkan oleh cikgu) yang pada pandangan cikgu amat tidak sesuai dan jika diamati betul-betul, buruk pula jadinya. Cuba lihat contoh penulisan pelajar untuk permulaan esei mereka>-

  • Dalam arus permodenan ini, …….. meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di segenap empat penjuru Malaysia….
  • Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia…

…. Cukup sekadar dua contoh, cuba baca beberapa kali contoh gaya penulisan permulaan ayat perenggan pendahuluan di atas. Bagaimana? Hebat? Sedap? atau sesuaikah apabila digunakan pada pelbagai perenggan permulaan tanpa mengira bentuk tajuk atau soalan esei yang ingin ditulis.

Pada pandangan cikgu, kita tidak perlu menulis ayat-ayat pendahuluan sebegitu sehingga menjadikan setiap hasil penulisan kita kaku, luar biasa dan tidak selaras dengan idea-idea yang akan diketengahkan.

HARI PERSEKOLAHAN 2013 (NEGERI KELANTAN)

PENGGAL

ITEM MULA AKHIR BIL MINGGU

BIL HARI

 

1

Hari Persekolahan 01.01.2013 21.03.2013

12

58

Cuti Setengah Penggal 22.03.2013 30.03.2013

1

9

Hari Persekolahan 31.03.2013 23.05.2013

8

40

Cuti Setengah Tahun 24.05.2013 08.06.2013

2

16

 

2

Hari Persekolahan 09.06.2013 05.08.2013

9

42

Cuti Setengah Penggal 06.08.2013 17.08.2013

1

12

Hari Persekolahan 18.08.2013 14.11.2013

13

65

Cuti Akhir Tahun 15.11.2013 31.12.2013

6

47

JUMLAH

52

289

PMR 2012 sudah berlabuh. Kini tiba masanya untuk calon-calon PMR merehatkan minda setelah sekian lama memerah otak, bersengkang mata mengulang kaji pelajaran.

Ok…. sambil-sambil memilih chanel tv tu, bagaimana jika kita berbincang sedikit sebanyak tentang jawapan BM2,  soalan bahagian A(i), meringkaskan karangan.

Pada pandangan cikgu, soalan ringkasan pada tahun ini sangat mudah kerana petikannya mengutarakan topik yang sangat ‘biasa’ dengan pelajar-pelajar iaitu kepentingan kokurikulum. Rasa-rasa cikgu, semua pelajar arif tentang kokurikulum. Di samping petikan yang tidak ‘berbelit-belit’, isi-isi iaitu kepentingan kokurikulum senang dikesan. Terdapat 8 ini yang diutarakan dalam petikan tersebut, antaranya:-

  1. Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
  2. Menjadi salah satu syarat kemasukan murid ke Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Masa lapang murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat.
  4. Melatih mereka untuk mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan.
  5. Membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  6. Menyemai bakat kepimpinan/kepemimpinan dalam kalangan murid.
  7. Potensi murid dalam bidang ini dapat dicungkil.
  8. Mewujudkan perpaduan kaum.

Calon-calon hanya perlu memilih 5 isi sahaja ketika menulis ringkasan. Cuma yang dibimbangkan ialah kecenderungan calon yang suka mengubah isi di atas dengan cara menggantikannya dengan perkataan lain atau meninggalkan sebahagian daripadanya.

Contohnya, bagi isi yang pertama iaitu:-

  1. Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. > 2 markah.

Kemungkinan ada calon mengubah isi di atas menjadi:-

  • Melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek. – SALAH > 0
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental dan fizikal. SALAH > 0
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. SALAH > 0

RINGKASNYA:-

  1. Calon janganlah mengubah isi yang terdapat dalam petikan.
  2. Calon perlu menyalin isi secara keseluruhan.
  3. Calon dinasihatkan jangan cuba-cuba menggantikan perkataan dalam ayat isi dengan perkataan-perkataan lain walaupun perkataan itu ‘sama’ maksud.

PENULIS DI IBU KOTA…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca dan peminat bahasa Melayu sekalian, bermula hari ini 29 Oktober 2012 sehingga 2 November 2012, penulis berada di ibu negara kerana menghadiri mesyuarat penting berkaitan urusan kerja. Dalam tempoh ini, mungkin penulis akan menghadapi sedikit kekangan masa, dan jika terlambat untuk mengemaskinikan blog ini, harap-harap pembaca sekalian boleh memaafkannya.

‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Harap maklum.